Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Err.. Aku Mencintai Dia Dalam Diam

“ Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." ( QS. Al Israa’: 32)

Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui,  saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.

Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )

Debaran Sudah Berakhir, Ahh Lega !

Assalamualaikum wbr, apa khabar? 
Alhamdulillah, semalan 21 Mac detik yang dihitung tanpa jemu, hari demi hari berganti pergi dan akhirnya berakhir jua semalam. Ya, benar penantian itu satu penyeksaan, kita diuji dengan kesabaran dalam tempoh itu ! Macam mana dengan keputusan SPM anda (sahabat kelahiran 1994)? 


Sekali lagi ingin aku ucapkan kalimah agung lafaz tahmid nan indah, alhamdulillah atas segala kurniaan Allah atas segala kurniannya kepada aku yang hina ini. Aku terima dengan berlapang dada dengan segala apa yang Dia berikan dan cukup membuatkan aku bahagia kerananya. Syukur..

Dialah Jejaka Terhangat di Malaya, Jika..

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Eh, Sombong atau Pemalu Tu? Huh !

"Pehh sombong betul budak tu, bajet bagus,budak baru kan ?". Maka budak yang sentap itupun mula terasa hati dan berfikir sejenak. "Erk? aku sombong ke??" maka bermulalah dilema yang di alami budak yang dikatakan sombong itu tadi.


Haaa pernah mengalami situasi yang hampir serupa? Kebiasaannya, situasi ini terjadi, kepada budak baru dalam sesuatu institusi atau penglibatan seseorang dalam satu kelompok masyarakat yang baru dan asing. Pehh pening pulak aku membaca ayat sendiri..wahaha. Kalau orang lama, lantaklah, tak ada siapa yang kisah, sebab dah faham perangai masing-masing. 







Iktibar | Jenazah Keluar Darah Tanpa Henti !

Diceritakan oleh Ustaz Nahrawi Marzoki
PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa…. tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.
Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham? Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya.

Mehnah di Alam Siber , Fuhh !

Assalamualaikum wbt, salam perkenalan, salam muhibah dan salam ukhuwah ! Apa khabar imanmu hari ini? ingin aku kongsikan luahan perasaan ini dengan kau orang semua yang sungguh osem dan supporting sekali! Maaf entry kali ini mungkin panjang, harap ada yang sudi membaca hingga ke penghujungnya.


Mehnah di alam siber? Eh, mehnah itu apa ya? Baik, biar aku berikan maksudnya secara ringkas dan tuntas. Mehnah di sini membawa erti ujian. Ya, ujian. Ujian di alam siber? 



Aku yakin pada hari ini, hampir semua antara kita memiliki akaun Facebook, Twitter, My Space dan lain-lain lagi. Sejauh manakah aku dan kau orang semua memanfaatkan ruang-ruang maya ini? Tapi hari ini aku hanya fokus untuk beberapa laman sosial sahaja antaranya Facebook dan Twitter yang kian popular abad ini. Mehnah ini muncul setiap kali kita log in di laman-laman ini, kerana apa yang kita baca dan kita lihat hasil perkongsian daripada kawan-kawan boleh jadi penambah pahala dan tidak kurang penambah dosa. Setuju? Semua ini ada…

Apabila Perasaan Lemah Itu Menjengah

Hidup di dunia tanpa diuji, maka kosong tidak bererti, benar? Apabila hati dan iman diduga, maka tiba masa untuk bermuhasabah diri. Adakah aku mulai lalai dengan fatamorgana duniawi? sehingga Allah menguji dan terus menguji untuk menduga sejauh mana kekuatan hati ini?

Jujur, adakala perasaan lemah itu menjengah diri.  Kadangkala aku merasa seakan-akan tidak sanggup lagi untuk berdepan dengan semua ujianNya ini. Namun apakan dia, andai sahaja boleh berlari sejauh-jauhnya dari masalah yang membelenggu diri, akan aku lakukan! Namun, hidup bukanlah seperti drama di kaca tv atau dongengan khayalan, ini realiti! Andai bisa berlari sekalipun, sejauh manakah ia? selesai kah masalah itu? 
Pesanan untuk diri ini :

Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup,tetapkan hatimudanbersangka baiklah(husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yangrindu kasih sayangNya. Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya inginmemeli…

Membina Bulatan Gembira Yang Teguh

Sekadar renungan buat aku dan kalian. Persahabatan itu indah! Ya indah sekali. Menjalinkan hubungan dari satu hati ke satu hati lain yang akhirnya berangkai-rangkai menyebar bahagia. Kita semua mengharapkan jalinan ukhuwah yang terjalin ini kekal hingga ke jannah.