Skip to main content

Syiok Eh Menahan Marah ? Hmm..

Siapa kata syiok angkat tangan? memang anda ohsem kalau mengatakan ya ! Aku juga seringkali kabur hati apabila tenggelam dalam perasaan amarah ini. Teramatlah tak syiok. Tapi kita sebagai muslim hendak tak hendak, kena juga kawal perasaan ini. Dan aku akui selalunya bila aku kalah dengan perasaan ini, masalah yang aku tanggung bukan menyusut, tapi makin kusut ! Kabur jalan penyelesaian. Jom kita sama-sama ubah diri, jinakkan hati supaya sentiasa bersiap sedia untuk berdepan pelbagai situasi yang bakal mengundang perasaaan amarah ini. 


Sunnatullah bagi seorang manusia untuk diuji ketika menjalani kehidupannya. Kadangkala dia diuji dengan kesenangan dan kadangkala pula diuji dengan kesulitan serta kesempitan hidup sebagai pembuktian‘ubudiyah (kehambaan) kepada Allah ketika menaiki tingkat demi tingkat keimanan dalam dirinya. 

Kadar seseorang manusia menghadapi kesulitan hidupnya adalah berbeza bergantung kepada kemampuan dan kekuatan dirinya. Yang dimaksudkan di sini bukanlah kekuatan tubuh badan tetapi kekuatan jiwanya yang dipandu oleh akal yang sejahtera berlandaskan tingkatan iman dan aqidah dalam dirinya. 
Justeru, reaksinya apabila berhadapan dengan kesulitan dalam hidup bakal mencerminkan kekuatan yang berada dalam dirinya. Adakah dia mampu bersabar dan bertahan dalam menempuh ujian tersebut atau sebaliknya pula bilamana dia akan bertindak di luar batasan normal akal dan fikirannya?
Bagi seorang daie (pendakwah) yang mengajak manusia kepada Allah, sudah menjadi suatu ketetapan Allah bahawa dia akan menghadapi penolakan, tentangan, cacian, makian dan berbagai-bagai lagi ujian yang merintangi jalan dakwah ini. Dan dia meyakini bahawa hakikat jalan dakwah ini adalah jalan yang sukar dan panjang, jalan yang ditaburi dengan duri-duri yang tajam, dan bukanlah jalan yang dipenuhi dengan bunga-bunga yang mekar di sepanjangnya. Lalu, bagaimanakah reaksinya sendiri apabila berdepan dengan sebarang bentuk ujian itu?
Saat dia ditinggalkan oleh orang yang diserunya sama ada kepada kebaikan atau dalam menjauhi keburukan…
Saat dia dipulaukan oleh rakan-rakannya…
Saat dia dihina dengan dengan kata-kata yang keji oleh manusia sekelilingnya…
Saat dia berselisih pendapat dengan barisan sahabat seperjuangnnya…
Saat dia menghadapi masalah dengan keluarganya…
Saat dia  menghadapi kesempitan dalam kewangan, pelajaran dan lain-lain masalah yang besar dalam hidupnya..
Sehinggakan setiap saat dia merasa diuji dalam hidupnya…..
Bagaimana dia berdepan dengan ujian tersebut? Adakah dia sabar atau marah? Adakah dia tenang atau gelisah? Betapa hikmah dari sebuah ujian itu adalah untuk menyingkap kekuatan ma’nawiyah dan keimanan seorang daie.
Menahan diri dari marah
Mereka yang ditimpa ujian akan menyaksikan respon yang pelbagai. Antara yang jelas disaksikan adalah sabar, tenang, tersenyum, menggelabah dan tidak kurang juga yang menzahirkan perasaan marah dan tidak berpuas hati. Bukankah agak biasa dilihat pemandangan mereka yang marah dan merungut-rungut ketika terhimpit dalam kesesakan lalu lintas? Atau ketika menunggu giliran mendapatkan perkhidmatan di pejabat awam? Atau ketika berhadapan dengan kesilapan kecil yang tidak disengajakan?
Sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyebut tentang sifat menahan amarah:
“Sesiapa yang menahan marah, padahal dia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk dan disuruhnya memilih bidadari yang dia ingini.” (HR. Abu Dawud – At-Tirmidzi)
Yang dimaksudkan dengan menahan marah di sini adalah seseorang itu cuba menelan marahnya, menahannya daripada terzahir serta bersabar dengannya semata-mata kerana takutkan Allah dan mengharapkan keredhaan-Nya sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya !
Bukanlah dia menahan kemarahan itu kerana mencari redha manusia atau kerana dia tidak mampu melaksanakannya (lemah kerana takutkan kuasa makhluk di sekelilingnya), tetapi dia meletakkan redha Allah dihadapannya, membatasi setiap tindakan dalam berinteraksi dengan manusia dan ujian kehidupannya.
Lantas, kelak Allah memanggilnya pada Hari Kiamat bersaksikan seluruh makhluk, dan dia berhak untuk memilih mana-mana bidadari syurga yang dia inginkan untuk dikahwininya serta menjadi isterinya di dalam syurga Allah yang kekal abadi. Subhanallah! Betapa besar ganjaran yang telah Allah sediakan buat orang yang menahan marahnya hanya kerana-Nya…
Inilah penolak buat seorang daie untuk memelihara marahnya, kerana dia tahu betapa besar ganjaran usahanya itu kelak berbanding usaha dirinya untuk menahan marah yang berbaki setelah dia langsai melepaskan amarahnya terlebih dahulu. Lalu, dia berusaha menahan dirinya, membatasi akal fikirannya dengan kekuatan iman,bertindak dengan rasional saat dia diuji dan akhirnya mengharapkan sesuatu yang pasti dalam berhadapan dengan ujian kehidupannya.
Allah menggariskan sifat menahan marah ini sebagai sifat dan ciri-ciri orang yang bertaqwasebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 133-134:
“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. (Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”
Juga firman Allah SWT di dalam surah Al-Furqan ayat 63 tentang ciri-ciri ‘ibadurrahman:
Dan hamba-hamba al-Rahman (Yang Maha Mengasihani) itu (ialah) orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati, dan apabila orang jahil menegur mereka, maka mereka mengucapkan kata-kata ‘salam’.”
Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis:
“Kekuatan itu bukanlah ketika menang dalam pertarungan, sesungguhnya kekuatan yang sebenar ialah apabila dapat menahan diri dari kemarahan.”
Hakikat kekuatan
Dia wajar dikatakan kuat apabila dirinya berjaya menahan diri dari kemarahan. Justeru, secara amalinya bagaimanakah untuk seorang daie itu merealisasikan hakikat ini dalam dirinya?
Formula yang disediakan ialah dengan memikirkan ganjaran dan pahala yang Allah sediakan buat dirinya di akhirat kelak hasil daripada menahan marahnya.
Memikirkan bagaimana dia akan berdiri di hadapan Allah kelak dengan digelar seorang yang pemarah.
Sebesar mana kemarahnnya kepada makhluk Allah di dunia ini, adakah akan menghasilkan keredhaan Allah buatnya? Atau mampukah dia membandingkan kemarahan-Nya Yang Maha Berkehendak namun Dia juga Yang Maha Pemaaf buat hamba-Nya? Sedangkan kita, seolah pandai mengatur rencana sendiri untuk marah atau terasa ‘murka’ dengan kelibat kesalahan yang tercalit walaupun sedikit sahaja ke atas dirinya. Dan sesungguhnya di sisi Allah ada azab yang sangat pedih.

Kembali pada yang satu,
 Insya-Allah sejuklah hati yang "panas" itu..

Bersegeralah untuk memberi  kemaafan dalam mengharapkan kelembutan dan perlindungan Allah ke atas dirinya.
Juga memikirkan betapa sifat amarah inilah yang menjadi permulaan kepada permusuhan dan terputusnya silaturrahim dengan manusia lain di dunia ini. Masalah yang semakin disemarakkan hanya dengan marah.
Dan banyak lagi akibat-akibat buruk untuk difikirkan dan disenaraikan yang sewajarnya mampu membawa seorang daie itu menjauhi sifat marah ini dengan menggunakan senjatanya yang ampuh iaitu beristi’azah(memohon perlindungan) dari  Allah pada setiap saat. Tatkala sifat marah mula menguasai dirinya, dia cuba untuk menukarnya dengan bertenang dan berfikir dengan rasional. Dan seterusnya, dia memenangkan iman ke atas dirinya.
Contoh dari baginda
Semoga kita dapat mencontohi teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dalam memaafkan manusia. Ketika peristiwa di Taif, Rasulullah SAW telah dibaling dengan batu sehingga baginda mendapat luka dan cedera serta dimaki dengan kata-kata yang kesat. Impak dari baginda adalh dengan sabar bagi setiap ujian tersebut malah mendoakan buat kaum Taif dengan doa :
“Ya Allah! Beri olehmu petunjuk pada kaumku ini kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”
Inilah sebaik-baik akhlak yang ditunjukkan oleh sebaik-baik qudwah. Maka, tidak rugi bagi kita untuk menerap acuan yang sama dalam berakhlak dengan akhlak baginda. Anugerah Allah yang mengurniakan sebaik-baik Nabi buat sebaik-baik umat.
‘Ya Allah! Jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang dapat menahan kemarahan kami, dan jadikanlah kami dari kalangan orang yang suka memberi kemaafan dan perdamaian. Golongkanlah kami dengan orang-orang yang beramal dan mengikuti apa yang telah diperintahkan oleh Allah, mengikuti penghulu segala nabi-nabi dan rasul-rasul iaitu penghulu kami Muhammad SAW. Ya Allah! terimakanlah doa kami.’


Disunting dan diedit nukilan,
Sakinah bt Yaakob,
Tahun 6, Kuliah Perubatan,
Universiti Kaherah




Comments

Cik Rose Cute said…
tak syok sangat hihihi
Muttallif said…
Betul tu...marah kerana nafsu yang api yang dihamburkan minyak oleh syaitan.

sebab itulah penting untuk kita menahan marah kerna ianya membinasakan diri jika tidak dikawal.

Sebaiknya ambik tindakan berfikir dengan tenang ketika sedang marah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Singgah Dari :klik untuk berfikir Sejenak
RuMaH TuA said…
Tika marah, jom2 berwuduk... :-)

Moga Allah kasih.
@Cik Rose Cute memang btul tu..sangat x syok, but no choice kene kawal jgk ! ^^
@Muttallif na'am .. berusaha untuk mengawal api kemarahan .. terima kasih sudi singgah blog saya ya! ;)
@RuMaH TuA jom2 ! insyaAllah lebih tenang dan sentiasa berasa selamat bawah lindungan Allah swt.. ;)
YI said…
aku tak marah,aku cool. EH? ahaha
@YI
Haa bagus2 ! YI mmg sentiasa cool kat skolah pun, x stress atau marah2 kan..hee ;)
wanabee said…
jarang marah .. tapi selalu perli bagi orang tu sentap ...
lepas perli ..biasanya senyum je.. diakhiri dgn kata "chill ...guwa gurau je"

tgk muka org tu dah lain mcm ...terasa lew tuww
>_< wakakakak.
@wanabee haha kalau dgn org yg kita rapat boleh la.. tp mmg tmpah maut klau wat dgn org yg sbaliknya..hehe ;) thanks
peRmaTa_ aGamA said…
perk0ngsian yg baik..

sm0ga tr0s istiqamah dlm mencapai redha Nya..

~ sharing is caring..(^_~) ~
Nyue said…
info y bagus..
tp kalu nak sentap..tetap sentap jgk..ahhahah
AzwanRamli said…
betol ape yang ko tulis....

seperti kata saidina umar al khatab,"orang yang gagah adalah orang yang boleh m'nahan sabar apabila amarah.
@Nyue
hehe sentap baru best eh? ^^
@AzwanRamli terima kasih sbb sudi ziarah.. =)
Lady Emilya said…
marah tak syiok, bila dah terlanjur marah baru menyesal :\
[ wanni ] said…
lebih suka diam daripada marah, kecuali bila dah betul-betul dah tak dapat menahan kemarahan ;D
@Lady Emilya selalunya mcm tu la, tp marah itu bersebab..klau x de org nk cari psal, of course la x mengamuk scra tetibe kan..hehe ;)bljr utk sabar..
@[ wanni ] common step.. diam dan pendam..tp smpai bila ek mmpu bertahan?hmm.. sabar2.. =)
sy sekarang nie mmg sedang berusaha sedaya mmapu menahan marah, tappi itulah bila kita terus sabar kelihatannya macam kita terus-tersuan kena tindas..uhuhu..sangat memedihkan..
@Terbang Bersamaku betul x dinafikan..kene tetap sabar jgk..huhu
e4ezzati said…
perassan marah ada dalam setiap hati manusia
@e4ezzati yup. normal la tu..cuma adakalanya perlu dikawal agar tidak memudaratkan.. =) ukhuwah fillah

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…