Skip to main content

Rasulullah Ikon Pemimpin Unggul

*Voice of Truth !
Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Kepemimpinan Rasulullah contoh terbaik sehingga lahir kekuatan ummah
We Love Prophet Muhammad SAW
PEMIMPIN mempunyai tanggungjawab yang besar dalam Islam. Pemimpin memikul amanah dan tugas berat kepada rakyat yang dipimpinnya. Malah, seorang pemimpin juga dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT terhadap kepemimpinannya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Kalian semua adalah seorang pemimpin, dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinannya.” ( Hadis riwayat Bukhari)
Jelas betapa kepemimpinan adalah satu perkara serius, bukannya perkara remeh temeh sebagaimana dianggap kebanyakan orang Islam. Bukan semua mempunyai kelayakan untuk menjadi seorang pemimpin.
Melihatkan kepentingan kedudukan pemimpin di sisi Allah SWT dan umat Islam, maka Islam meletakkan garis panduan ketat mengenai kriteria seorang pemimpin yang berkewibawaan dan berkemampuan untuk memimpin umat Islam ke arah kejayaan.
Barangkali terpahat di minda masyarakat Islam bahawa pemimpin boleh dicari daripada kalangan orang yang berada atau kaya dan berilmu, padahal itu bukan prasyarat utama dalam pemilihan seorang pemimpin.

Kita melihat sendiri bagaimana Rasulullah SAW menolak permintaan Abu Zar yang menginginkan jawatan ketua atau pemimpin di kalangan orang Islam dengan alasan bahawa beliau (Abu Zar) adalah seorang lemah, tidak mampu memikul tanggungjawab seorang pemimpin yang berkaliber.
Ia menunjukkan seorang pemimpin mestilah di kalangan orang benar-benar berkemampuan memikul amanah dan tanggungjawabnya dengan seadil-adilnya.
Lanjutan daripada itu, memadailah bagi umat Islam menjadikan Rasulullah SAW sebagai model dan contoh terbaik dalam kepemimpinan. Baginda SAW memiliki syarat dan kriteria utama untuk ditabalkan sebagai seorang pemimpin yang ideal lagi unik.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW sudah membawa perubahan secara menyeluruh dalam tempoh 23 tahun daripada sebuah masyarakat Arab jahiliah kepada sebuah masyarakat Islam yang bertamadun.
Ia sudah pasti satu perubahan drastik penuh revolusi yang dicipta dalam masa begitu singkat oleh Rasulullah SAW. Baginda berserta sahabat berjaya merakamkan kejayaan dan kegemilangan buat umat Islam hingga Baginda diiktiraf sehingga kini sebagai pemimpin unggul dalam diari kehidupan manusia.
Mengimbau sejarah Islam, kita melihat bagaimana Rasulullah SAW berhasil membentuk sebuah Daulah Madinah yang berlatarbelakangkan piagam Madinah bagi membentuk kekuatan serta kecemerlangan umat Islam ketika itu hingga mengukir sejarah sebagai zaman kegemilangan Islam.
Kemudian, tradisi kecemerlangan itu diteruskan oleh sahabat yang dipelopori KhulafaÂ’ Al-Rasyidin dan mereka berjaya mengabadikan tinta emas dalam perjalanan sejarah Islam. Kemuncaknya, Khalifah Umar bin Abdul Aziz berjaya melebarkan sayap gemilangnya Islam apabila berhasil membentuk sebuah masyarakat Islam yang harmoni dan makmur.
Jelas bahawa rahsia kejayaan penuh gemilang yang dirintis Rasulullah SAW dan sahabat adalah berdasarkan kepada corak kepemimpinan seorang pemimpin dan kerjasama masyarakat Islam dalam merealisasikan cita-cita dan wawasan negara.
Inilah kunci kejayaan sebuah negara berdaulat yang berkait rapat dengan faktor kepemimpinan yang adil dan kerjasama erat rakyat dalam menjana pembangunan negara.
Allah SWT menegaskan garis panduan yang perlu diikuti pemimpin ketika memimpin sesebuah masyarakat Islam sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad) engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu) maka bertawakal kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 159)
Ayat di atas merangkumi perhiasan sifat yang perlu diserlahkan pada seorang pemimpin dan rakyatnya dalam urusan seharian mereka. Ini kerana Islam mengambil berat urusan hidup Muslim sehingga menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi bagi membina sebuah masyarakat adil lagi saksama.
Antara sifat itu, seorang pemimpin dituntut bersikap lemah lembut terhadap rakyatnya tanpa memilih bulu dan tanpa mengambil kira pandangan politiknya. Justeru, seorang pemimpin tidak wajar mempunyai sifat pilih kasih dan bersikap kasar serta berhati keras terhadap sebarang kritikan dan teguran rakyatnya.
Malah, seorang pemimpin mestilah memiliki kesabaran kental dalam menghadapi tuntutan dan kerenah rakyatnya yang pelbagai ragam dan jika boleh, pemimpin perlu berusaha bersungguh menunaikan kewajipannya untuk membantu meningkatkan kesejahteraan rakyatnya kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebenarnya.
Akan tetapi, jika seorang pemimpin itu tidak bersikap lemah lembut dan sering menghilangkan diri ketika diperlukan rakyat, rakyat sudah pasti menjauhi pemimpin yang tidak amanah itu. Akhirnya, berlakulah keadaan tidak tenang dan perpecahan mungkin akan melanda masyarakat itu.
Seterusnya, seorang pemimpin juga perlu seorang yang pemaaf dan sentiasa mendoakan rakyatnya supaya diberi keampunan Ilahi dan kesejahteraan hidup.
Kita melihat sendiri bagaimana Rasulullah SAW masih mengekalkan kehidupan sederhana biarpun Baginda adalah seorang pemimpin kaum Muslimin hingga keadaan Baginda ditangisi oleh Saidina Umar al-Khattab.
Ini menunjukkan betapa pentingnya dan perlunya seorang pemimpin mempraktikkan Islam dalam setiap ruang lingkup kehidupannya. Dengan ini, barulah dia dapat menjalankan kepimpinannya dengan penuh adil dan saksama.
Akhirnya, antara pemimpin dan rakyatnya harus saling bermusyawarah pada setiap masa dan ketika sebelum menetapkan sesuatu keputusan muktamad dalam hal berkaitan kepentingan rakyat dan negaranya.
Dengan adanya musyawarah ini, barulah semua pihak dapat berbincang dengan cara baik untuk kepentingan dan kebaikan semua. Maka tidak akan ada lagi dendam kesumat dan bibit perbalahan apabila semua pihak sama ada rakyat dan pemimpin terbabit dalam proses musyawarah tadi.
Keharmonian sudah pasti berhasil dengan kerjasama erat rakyat dan pemimpin, segala wawasan serta cita-cita untuk membangun negara pasti terlaksana.
Setiap pemimpin dan rakyat dituntut bertawakal kepada Allah SWT kerana manusia hanya merancang, Allah SWT yang menentukan.
Setiap pemimpin mesti menyedari mereka sebenarnya memikul amanah berat sebagai pemimpin. Rakyat harus memainkan peranan positif ke arah menjayakan segala aktiviti supaya mereka dapat menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan yang diimpikan.

Comments

Nazihah@Jiha said…
salam maulidur Rasul
semoga bertambah kecintaan kita kpd Allah SWT dan Rasulullah SAW.

InsyaAllah
DRceria said…
Baginda :
1. Pemimpin negara
2. Pemimpin keluarga
3. Pemimpin ummat manusia
4. Pemimpin ke Syurga...

Baginda TERHEBAT!
Ameer Faris said…
kk nazihah: salam maulidur rasul jga..amin insyaAllah.. =)

drc:yup,baginda yg terhebat!moga akn lahir pmimpin Islam sprti bginda d bumi Malaysia ni..insyaAllah
Ungu Violet said…
salam maulidur rasul...
semoga dirahmati Allah selalu..:)
Ameer Faris said…
salam maulidur rasul juga.. amin insyaAllah..sama juga utk sis.. =)
Muttallif said…
RAsullullah contoh pemimpin terbaik untuk sekian umat.
Koding said…
“Barang siapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” (Hadis riwayat Muslim).  
Salam Maulidur Rasul….
Cik Pensil said…
entry yg penuh dengan ilmu, banyak pengajaran yang dapat kat ini :)
Ameer Faris said…
bro mutallif: semestinya hnya bginda yg terbaik!
bro koding:yup,salam maulidur rasul jga.. ^^
cik pensil:alhamdulillah.. ;)
:: Cik Nur :: said…
sala maulidur Rasul, bykkan selawat ke atas baginda.. :)
salam maulud..
nk tnye, saudara knal ye Dr. Engku Zaki ni? Beliau dekan saya. :)

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…