Skip to main content

Hafalan Shalat Delisa,Terbaik !

                                
Assalamualaikum wbr !apa khabar? moga kalian semua sentiasa sihat dan ceria hendaknya.

Alhamdulillah,setelah sekian lama aku mengidam nak tonton filem Hafalan Shalat Delisa,akhirnya hari ini tertunai jugak hasrat aku tu. Tak sia-sia aku duduk depan laptop menghadap You Tube selama hampir 1 jam 40 min.Pastinya filem ini sarat dengan pelbagai mesej yang jelas dan mudah difahami.Aku yakin ramai yang dah menontonnya kan? kat astro pun ada tayangkan filem ni.Aku rasa filem ni sesuai untuk ditonton bersama keluarga tersayang.


Secara ringkasnya cerita ini berkisar tentang seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Delisa.Delisa ni dibesarkan dalam keluarga yang baik,mempunyai abi,ummi dan kakak-kakak yang penyayang dan taat pada agama di Acheh.Dia berusaha bersungguh-sungguh untuk menghafal bacaan-bacaan dalam solat.Ummi Delisa turut berjanji untuk memberikan hadiah sekalung rantai berloket huruf D untuknya, sekiranya Delisa berjaya menghafal dan lulus dalam ujian solat oleh Ustaz Rahman.


Pada 26 Dis 2004,hari penting buat Delisa sebab pada hari tersebut merupakan hari ujian amali solat.Delisa ditemani umminya ke sekolah pada hari tersebut,umminya memberikan sokongan dan dorongan buat Delisa yang merupakan anak bongsu dan antara yang manja dalam adik-beradik.Masa Delisa sedang diuji,penonton boleh nampak la betapa khusyuknya Delisa membaca bacaan dalam solat,hinggakan orang sekeliling terpekik-terlolong tatkala ombak Tsunami mula berderu tu pun dia tak sedar,alih-alih dah ada dalam air.Sadisnya,dalam kejadian tu,dia kehilangan ummi dan adik beradik tersayang.Delisa terdampar dan antara babak yang menarik,boleh pulak ada beberapa biji epal hijau kat tepi dia.Antara faktor dia mampu survive pada masa itu sementara menunggu bantuan.Ramai kata scene tu mengarut,tapi pada aku,masih relevan,sebab kalau Allah nak selamatkan seseorang,walau dengan apa cara sekalipun kan?jadi masih dikira rasional!


Antara dialog yang aku suka,

"Ummi,Delisa cinta ummi kerana Allah.."

~sweetnya...jom try cakap macam ni kat ibu kita,haa apa reaksi mereka agak-agak? buang tabiat?hee ^_^


"Doa itu bukan sekadar dihafal, tapi difahami ertinya"

~ayat ni pun sentap jugak,korang yakin dah betul-betul faham setiap bacaan dalam solat??haa            #muahsabahdiri (hashtag segala,macam twitter pulak dah..)

"Bacaan solat itu semuanya indaah sekali.."

~akan lebih indah kalau kita menghayatinya kan dan bukan sekadar membaca tanpa tahu maknanya..                                                                               #muhasabah diri

Kehidupan Delisa mula berubah sebab kakinya terpaksa dipotong.Yang bagusnya Delisa ni,walaupun dia menerima tamparan hebat,dia tetap positif dan sentiasa pula bersangka baik dengan Allah,walaupun pada mulanya dia hampa dan kecewa sebab Umam yang nakal itu pun Allah masih memberi dia peluang untuk mempunyai ibu.Waima Delisa kudung kaki,dia tetap bersemangat untuk bermain bola bersama teman-teman,seolah-olah macam tiada apa yang berlaku.Akhir cerita,Delisa berjaya jugak menghafal bacaan dalam solat dan lulus amali.Happy ending la ni kan..


***************
kalau belum tonton dan nak tonton filem ni, bolehlah layan you tube kat bawah ni,selagi masih available,maklumlah kan tayangan free biasanya sekejap ja.Ok selamat menonton! ^^

Hafalan Shalat Delisa 



p/s: besar harapan agar Malaysia pun menerbitkan lebih banyak filem-filem Islamik macam ni,banyak pengajaran dan sesuai untuk tontonan semua.Dah muak dengan tayangan filem bergenre seram yang tak ada kesudahan.Balik-balik adegan khurafat!bosan tahu..  Ok,semua,sekian sahaja buat kali ini,Assalamualaikum! ;)

Comments

Bella said…
As'salamualaikum, izinkan sy share. Terima kash. JazaakALLAHu Khaira
caer sasuke said…
This comment has been removed by the author.
caer sasuke said…
teringin sgt nk tgk citer ni..huhu
Ameer Faris said…
bella:waalaikumussalam..my pleasure..
caer sasuke: tgk la citer tu,mmg best..haha =)
iLa Bacho said…
Salam. saya belum berpeluang lagi untuk menonton cerita ni. mudah2an ada rezeki tgk nanti. :) btw, syukran atas kunjungan tadi. :)
Ameer Faris said…
wasalam..takpe,ada klapangan nnti bolehlah tonton.. afwan2,my pleasure.. ^_^
Izzah Sobki said…
waalaikumussalam wbt..cerita ni best sangat..banyak sangat mesej..meleleh2 tgk..huhu...watak2nya hebat..amaze! :')
Princess Nusy said…
mcm best je cte ni..^^
Siti Aai Shah said…
salam..belum berkesempatan menonton lagi tapi preview nampak menarik..
Ameer Faris said…
wasalam,mmg best,berbaloi insyaAllah klau mnontonnya,sarat dgn plbgai msej.. =)
Azek zk said…
filem terbaik.. banyak contoh2x moral yg boleh diambil.
Filem ni mmg hebat. padat dgn dakwah dan sarat dgn pengajaran. Begitu juga dgn filem sang pencerah
faizlaster said…
sedih kot cite ni..tsk3 ;(
syira syah said…
ok lepas nie nak tengok! hehe
Ameer Faris said…
haha tgk2..mmg sarat dgn da'wah dan dialog2nya sentap ! x puas tonton skli.. slmt mnonton! ^_^
shidah2020 said…
Tak sangka pula ada filem dia.
Hari tu baru je baca buku dia kat perpustakaan.. heeheee...
Ameer Faris said…
waa klau novel lg best rasanya kan? =)
Cik Farz said…
nak tgk gak la :)
alhamdulillah.. dah tgk pon muvie ni.. :)

antara yg tersirat boleh cik Wardah simpulkan dr filem ni ialah, kenapa Delisa tak meninggal dunia ketika berlakunya tsunami ialah dia belum lg selesai ujian hafalan solat tersebut...

dan kerana itulah dlm mimpinya, semua yg pergi meninggalkan pesanan yg sama supaya Delisa menyelesaikannya... yang akhirnya die menerima kalung yg ingin uminya hadiahkan sekiranya dia berjaya...

satu lagi hikmah, dlm apapun kita lakukan, lakukanlah dengan ikhlas.. tanpa mengharapkan apa jua balasan.. subhanallah, yg itulah kita nampak bila Allah mudahkan hafalan bacaan solat Delisa.. :)

(sori.. bebel panjang pula..)
Muttallif said…
saya tertengok iklan ceritanya dalam astro minggu lepas, namun ramai mengatakan cerita tersebut banyak pengajaran dan bagus. teringin nak terjah nie..hehe
Ameer Faris said…
cik aqilah:x pe, penjelasan yg menarik skli! =)
mutallif: haa terjah2!insyaAllah berbaloi terjahan anda..hee ^_^
nur cahaya said…
cite yg pnuh dgn pngjaran..nice entry
Ameer Faris said…
mmg bnyk pengajarannya..trima kasih ats kunjungnnya.. =)
Lily Suhaili said…
wahh !
tak tengok lagi cerita ni .
slalu tengok iklan kat tv je la. haha
Encik Fikhri said…
siyes best cite ni.tapi nk bayangkn kalo aku ditempat orang yang ditimpa tsunami tu..dengan kehilangan segala2.entah boleh handle ke tak..terbaik cite ni.
@Encik Fikhri betul tu fikhri..aku pun tak rasa boleh setabah itu.. terbaek! x bosan tonton waima berkali2.. ;)
shahirah ar said…
Si kecil yang sangat positive! Allahu. Cerita ni mmg best, tapi tak ramai yang tahu. Rasa luar biasa best lepas promote dekat kekawan.

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…