Skip to main content

Berubah Meskipun Payah ! Grrr...

Ramai orang mula sedar bahawa diri perlu berubah. Sampai bila kita hendak membiarkan diri terus-terusan hanyut dalam lautan nafsu tanpa sempadan. Zaman bersuka-ria telah berlalu. Hakikatnya usia semakin bertambah meningkat dan ajal semakin hampir. Sedar? Tiba masa untuk kembali kepada yang Satu.


Namun seakan-akan ada tembok besar yang menjadi penghalang penghijrahan dan pengislahan diri. Pernah tak kau orang berdepan dengan sekelompok masyarakat yang pesimistik dan suka memperkecilkan orang lain?  Mereka ini tampak benci kan perubahan dan kebaikan. Ada sahaja kesalahan orang lain yang ingin dikorek tanpa pernah mencuba untuk melihat kelemahan diri sendiri. 




Golongan ini dianggap parasit dan racun yang berbisa. Caranya mudah, jauhkan diri daripada mereka buat seketika, dan teruskan mencari identiti diri yang hilang. Apabila benar-benar bersedia, maka berdepan lah dengan mereka berbekalkan ilmu dan pengalaman yang kau orang ada. Bermadah memang mudah, tapi untuk bertindak agak payah, tapi insyaAllah sekurang-kurangnya kita mencuba. 


Hal ini mungkin remeh, tapi kesannya hebat, kepada siapa?
Sudah tentulah kepada diri sendiri. Andai Allah sudah memberi hidayah, tak tergamak rasanya untuk menahan-nahan lagi. Bukankah itu sesuatu yang menguntungkan. Mula sedar dan hendak jadi lebih baik !


Bila diri mula berubah, hati mulai tenang, percakapan juga mula berubah. Segala-galanya nampak terisi. Mula kedengaran suara-suara nakal yang seakan-akan menghina perubahan yang ada. Jangan khuatir, cekalkan hati dan tetap istiqamah di jalanNya. Kalian beruntung kerana terpilih untuk mendapat Nur, sedangkan mereka? doakan sahaja.


Aku terkadang pelik. Mereka mengaku Islam, tapi dalam masa yang sama, menghina hal-hal yang berkaitan dengan jati diri dan pegangan yang mereka anuti. Nauzubillah.


Pernah satu ketika, aku terpandang, seorang perempuan dipandang sinis hanya kerana dia berjubah hitam dan berpakaian muslimah sempurna. Apa yang pelik? bukankah itu pakaian yang mengikut syariat? Mereka tidak adil dalam memberikan justifikasi "dunia". Ada sahaja perempuan-perempuan yang seakan-akan berbogel, tidak pula dihina atau dipandang sinis, malah semakin menggalak dengan memberi puji. Pelik benar umat sekarang, moga kita dijauhkan daripada perkara-perkara sebegini.


Adakalanya, aku terpandang insan yang sudah mula berubah itu. Tapi persekitarannya ku lihat agak hambar dan negatif. Penerimaannya  ala kadar sahaja, bahkan lebih teruk lagi. Allahhu rabbi, besar sungguh cabarannya bukan? Yakin, situasi itulah sebenarnya menjadikan kita lebih cekal dan menjadi remaja yang bermatlamat jelas dalam mengejar dunia dan akhirat yang hakiki. Sabar ya sahabatku sekalian yang sama-sama dalam  bahtera pelayaran ini. 


Entry kali ini bukanlah bermaksud untuk berlagak alim bak ustaz, bukan juga untuk bajet bagus, tapi sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati kerana tak tertahan dengan situasi sebegini. Aku budak mentah, dan hal itu aku akui. Baru sahaja melihat dunia realiti, bukan fantasi bak fairy tale dalam tv.(ahh melalut sudaa)


Ramai daie muda yang produktif lagi berinovatif menjadikan medan FB dan Twitter sebagai gelanggang jihad menyebar ilmu dan Islam.Alhamdulillah, kagum dengan kalian dan aku sentiasa memberi sokongan 200%. Tapi tak kurang juga ada yang mendapat tentangan dan sindiran waima dari kawan baik sendiri. Apa yang jelik tentang ini? Dunia seakan-akan mula songsang dan tunggang terbalik. Tapi alhamdulillah, yang menentang itu masih terkawal, manakala yang mengikut itu lebih ramai bilangannya. InsyaAllah.


Apapun teruskan pengembaraan anda mencari nur dan redhanya. Aku juga sedang mencari dan berusaha ke arah itu. Yang pasti, jangan mudah mengalah dengan persekitaran. Kalau memaksa, jangan dekati lagi pengaruh-pengaruh negatif itu, carilah teman-teman yang boleh membimbing. Join team usrah ke mungkin? Jangan berduka dan bersedih apabila diuji, itu tandanya Allah sayang dan kasih, InsyaAllah. Yakin itu ! Jadikan Raulullah SAW sebagai contoh ikutan terbaik. Contohi kecekalan baginda, sirah baginda sudah kita kaji bukan? walaupun mungkin tidak banyak, tapi yang sikit itu rasanya sudah memadai untuk menjadikan diri agar lebih bermotivasi. Ingat Allah ! 


Kalau tak mampu berlari, maka berjalanlah. Jangan sesekali berhenti ! Tetap cekal dan jangan berputus asa sehingga Allah menjemput kita kembali kepadanya. Okay, teman?! =')


Waallahualam. s m i l e


p/s: maaf andai apa yang aku perkatakan ini mengguris hati atau kasar. Tapi percayalah aku ikhlas meluahkannya. Tiada niat jahat, jauh sekali berlagak baik ! segalanya bukan hanya untuk tatapan anda, tetapi juga peringatan untuk diri sendiri yang sering khilaf ini.



Comments

Assalamualaikum..
alhamdulillah..bgos entry ni..

kembali berubah ke arah lbh baik, bknlah satu kemunduran, ttpi satu kemajuan positif..

moga hati2 yg mmbaca entry ni sedr akan kpntgn berubh ini dlm khidupan..
ana fatihah said…
Dunia akhir zaman..Pakaian yg menutup aurat dikatakan kolot.Usah hiraukan pendapat manusia..Kita ikut perintah Allah dan Rasul..Tu yg penting! ^_^
faizah husna said…
stuju dngn pandangan ni..
terima kasih atas peringatan.
Fairuz said…
salam.
betol apa yang dikatakan dalam entry ni. usah dilayan mereka yang selalu tidak puas hati dengan perubahan kita. yang penting kita telah melakukan perubahan yang baik dan mengikut syariat yang telah ditetapkan.
semoga kita tabah dengan dugaan yang menimpa ! :)
YI said…
berubah tu tak susah ameer.kalau memang betul lah nak berubah.kalau tak, memang sampai sudah takkan berubahlah.

wei, kau tau tak orang sekarang lagi pandang kita pelik kalau kita pakai kain labuh instead of legging/skinny jeans.aku alami.dan sangat sakit hati bila diorang pandang macam kita ni bukan dari bumi.haih
Arman Zafri said…
konsep hidup dari dulu sampai sekarang adalah sama, sejarah manusia itu sentiasa berulang, al-quran jelas membuka mata hati, saya hanya teringat pada hadis riwayat muslim yang bermaksud "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. Maka tidak hairanlah orang baik dipandang jelek, yang sememangnya berlaku sejak zaman dulu kala lagi dan ianya tidak pernah henti.
@Srikandi permata Terima kasih atas kunjungan dan komennya.. =)
@ana fatihah betul tu ana fatihah.. thanks ya ! ^^
@faizah husna terima kasih juga krn sudi ke blog saya.. =)
@Fairuz amin insyaAllah.. terima kasih ukhti.. =)
@YI
betul tu, berpakaian x snonoh x nak pulak ditempelak kan? huhu thanks YI ;)
@Arman Zafri terima kasih atas perkongsian hadisnya.. bertmbah ilmu yg saya dapat.. syukran akhi ! =)
sea_lavender said…
nice =) teruskan perkongsian.. diri ini pernah juga d tegur '' tengok la diri sendiri tu dlu'' sedangkan hanya berkongsi tentang sesuatu yg berlandaskan Al-Quran dan Hadis.. pernah terkuar ibarat spt berguru dengan syaitan.. namun Alhamdulillah.. hati ini kuat krn Allah.. akhrnya Allah berikan petunjuk buat mereka....

bagi sea_lavender sendiri hijrah itu perlu dan harus ada dalam diri..bagi meneruskan kehidupan yg lebih baik lebih2 lagi dalam mendekatkan diri pd Pencipta~~ walaupun ianya sedikit.. dan diistiqamahkan.. bukan secara drastik namun masih tidak dapat berterusan.. berdasar pengalaman sendiri =)
laskar pelangi said…
Terbaiklah entry ni:)
Bukan mudah nak berubah jika tiada keikhlasan dihati.Berubah bukan disebabkan paksaan,fikirkan ianya adalah itu yg terbaik utk diri kita. Mana yg dah elok,berubah lagi ke arah lebih baik =)
InsyaAllah dipermudahkan segalanya:)
aku HaniAsyira said…
jumpe org yg kcik2 perubahan org len belum lg tapi diri ni nak berubah memang ader.. =)
MaiRa QuEeN said…
yup...yang baek mmg susah nk lekat dalam hati kite tap sematkanlah kerana itu yang terbaek..
@sea_lavender terima kasih sebab sudi ke blog saya.. jazakallah khair.. =)
@laskar pelangi terima kasih, amin InsyaAllah..jazakallah khair ^^
@aku HaniAsyira x pe..berubah sdikit demi sdikit.. =) terima kasih sudi ke sini!
@MaiRa QuEeN yg baik selalu aja ada yg prejudis..setuju, mmg itu yg terbaik ! ^^ thanks for coming..
nice entry..=)

~perubahan kearah kebaikan itulah yg sebaik-baiknya..
org lain tak boleh ubah kita, kalau kita sendiri tak nak ubah diri kita..~
Shaznina Sofia said…
yaa betol tu.. bila kita melakukan kebaikan..
ada org akn ckp.. engt ibadah kao di terima ke??
hummm...
AienAiril said…
salam ziarah
perubahan ke arah kebaikan itu mmg perlu. Malah lebih baik :)

jemput lawat disini dan dapatkan barangan muslimah dan koleksi buku2 menarik dr ustaz riduan serta hadiah istimewa.semoga mendapat manfaatnya~ :)
http://e-storebasyirah.blogspot.com/p/pembukaan-e-store-basyirah.html
TiraPengemis said…
nice...sama2 la kita saling berpesan
Detective Fiqa said…
terbaik ^^
manusia patut berubah kepada yg lebih baik :)
Anak Munsyi said…
loves this post :) thumbs up dear :)
@Shaznina Sofia buat dunno ja..yg menilai kan Allah..thanks ya ! =)
@AienAiril terima kasih ats komennya.. ^^
Khairiz said…
ya, memang betul, semakin hari semakin meningkat usia kita, dan semakin jauh kita pada yang satu, kerana keseronokkan dunia semata-mata. Alhamdulillah, jika sedar di masa awal, kerana sebelum terlambat lagi untuk kita bertaubat kepada Tuhan Yang Esa....halangan dan dugaan itu adalah ujian kepada kita, kalau benar inginkan jalan yang benar, hendak seribu daya, x nak seribu dalih...
AlyNn NyzAa said…
alhAmdulillAh..entry yg mnyentuh jiwa ;')

sAma2 lA kitA bErubAh ke arAh yg lbih bAek :)

alynn da follow blog ameer..thAnx ye sudi singgah bl0g alynn ^^
Zaki Muhammad said…
bersabarlah sebab dengan bersabar segala permasalhan akan kita temu solusinya
Hazwan Arif said…
nak berubah dan berdakwah ni, cabaran dia besar..

pernah seorang kawan disindir oleh seorg pakcik krn bertudng labuh ketika dlm bas..sambil mmberitau anaknya supaya tdk jd mcm dia..

padahal pmpuan tu seorg engineer..tu la, dunia ni semakin pelik..


lawatan dari : http://kalampatah.blogspot.com/
Legacy Eqmal said…
Sekarang ni memang tengah berusaha nak berubah sebab dah terasa diri ini terlalu jauh dariNya. Terima kasih atas bimbingan saudara.
@Khairiz stuju bro, hendak seribu daya, tak hendak sribu dalih..hmm sngt tepat.. =)
@AlyNn NyzAa terima kasih..ukhuwah fillah.. ^^
@Hazwan Arif itulah manusia, adakla bnda yg baik dibangkang dgn x semena-mena.. pelik2.. yg buruk dan jahat bukan main dsanjung dan dipuja, makin digalak utk dijadikan idola ank2..huhu =)
@Legacy Eqmal berkongsi apa adanya..sy jga sama sprti itu..terima kasih ats kunjungnnnya.. =)
Fairuz said…
@Ameer Faris Azman insyaAllah. sama-sama kasih akhi ^^
wah..btol3x sngt susah..bp kali cube still patah balik kt tmpt sama..sob3..:)
Eera Shera said…
sdg mencuba..tp tang nk istiqamah tu pnye la ssh..hehe
@I am Niesa/Mijie/Sakura mmg payah pun..tp kene la usaha, bermujahadah.. ggrr
@Eera Shera teruskan mencuba ! ^^ moga cekal..
Ameer Faris said…
@'Abdullaah destur sang badai trima kasih ats kunjungan sahabat. =)
Ameer Faris said…
Sekali lagi, thanks semua, salam ukhuwah.. ;)
zhi cun lee said…
Merubah acuan dan luruskan Niat serta tetap semangat mungkin itu termasuk kunci keberhasilannya....
Ameer Faris said…
@zhi cun lee insyaAllah terima kasih atas pesannya itu.. jazakallah khairan kathira.. =)

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…