Skip to main content

"Arggh, Fed Up La Macam Ni ! "

(pause dulu ya music player)

Hari ini aku ada kelapangan,jadi sempat jugaklah mengodeh-godeh You Tube. Benda pertama yang aku taip kat search box ialah motivational video. Rambang mata juga, sebab keluar banyak video yang berkaitan. Tapi aku tertarik dengan video yang satu ni, sebab aku merasakan apa yang dipaparkan dalam video ini, sedikit sebanyak memang berlaku dalam hidup aku. 


Cuba fikir,sepanjang kehidupan kita semasa zaman kanak-kanak dahulu,minda dan pemikiran kita sentiasa positif.Aktiviti seharian kita memang selalunya sarat dengan  permainan yang bervariasi,adakalanya agak membahayakan keselamatan. Tapi dengan pemikiran kita yang positif, kita sering juga berjaya melakukannya waima dihalang atau dimarahi ibu dan ayah, kita tetap bersemangat untuk melakukanya.Tamsilnya, nak tiru adegan super saiya ! Buat kelainan sikit,dengan memanjat pokok rambutan.Ibu ayah penat membebel, berbuih mulut pesan, jangan main, jangan main, tapi kita tetap nak main jugak ! akhirnya setelah segala halangan ditepis, berjaya jugak memanjat dengan jayanya! super saiya la sangat kan .. osem!


Realitinya hari ini, semakin kita membesar dan mula mematangkan diri dalam kehidupan, kita selalu lemah. Lemah keyakinan diri ! nak buat apa-apa selalu rasa tidak confident . Sebab apa? Sebab kita takut gagal dan takut pula untuk mencuba. Bila kene cucuk sikit dengan orang-orang di persekitaran, mulalah berubah fikiran, macam lalang ! Tapi janganlah pulak kita buang pendapat mereka bulat-bulat, nilai balik ok !

“And He found you lost, and guided [you]” [Surah ad-Dhuhaa:7]
Siapalah kita ini, segala apa yg kita lakukan, tak lain tak bukan,
kita sentiasa memerlukan bimbingan dariNya jua. Teruskanlah
berdoa .
                       

Tuntasnya, keyakinan diri itu penting bukan, untuk membuat keputusan dan mencapai sesuatu matlamat yang kita impikan ? fikir-fikirkan.


Aku yakin, sekarang ramai antara rakan yang sama-sama menanti keputusan SPM bergelumang dengan perasaan dilema, serba-salah, buntu dan was-was dalam membuat keputusan. Sekarang ini, kita dah mula sibuk untuk mengemaskini permohonan itu dan ini. Tak kurang juga ada  yang baru nak mula mengisi borang-borang yang berkaitan (macam aku..hee)

Perasaan yang bercampur baur yang ibarat bahan perisa cool blog sebati apabila di shake-shake itu muncul, manakan tidak, kita yakin benar-benar minat dengan bidang sekian-sekian, dan kita tahu takat mana kemampuan kita. Tapi, ada saja orang sekeliling yang "cuba-cuba" untuk merancang perjalanan hidup kita seterusnya sesedap rasa ! Kalau ibu bapa tu tak apa la jugak, ni orang luar ! (apa seyh..huhu)

Aku harap, rakan-rakan di luar sana, tetap cool dalam membuat keputusan. Cari masa yang tenang untuk sama-sama berbincang bersama ibu dan ayah untuk mengisi borang-borang tu, seperti borang permohonan UPU atau matrikulasi ya! Yakin pada diri sendiri. 
Just,be your self ! 

 Aku perlukan bantuan-Mu ya Rabb untuk membuat keputusan dan tetap kekal
dalam iman menjalani kehidupan yang kian mencabar ini.


Kalau nak hasil yang lagi ohsem! buatlah solat istikharah (ni pesanan untuk diri sendiri jugak) untuk  memilih bidang-bidang yang terbaik untuk kita belajar di peringkat seterusnya. Jangan berhenti berdoa kepada Allah, mohon diberi jalan yang terbaik. Insya-Allah, Allah akan selalu tolong kita. Allah SWT kan super osem ! Maha Pemurah, Maha Penyayang. Percaya itu .

Aku berharap,kepada sahabat-sahabat, kakak-kakak, abang-abang, seniour atau junior yang membaca blog ini, doa-doakan lah kejayaan saya ya dunia dan akhirat ! moga cemerlang straight A+. Amin, Insya-Allah.

Wasalam..

Comments

Nazihah@Jiha said…
dah lama tgok video tu :) menarik.video tu khas utk yg ingin mulakan perniagaan..tp,byk manfaatnya bg yg mahu berfikir :)

terima kasih.

insyaAllah..doa usaha dan tawakal diiringi sabar dan syukur pasti berjaya dn keberkatan dr Ilahi.sama2 mendoakan ya :)
Ameer Faris said…
sy jtuh cinta sama itu video! na'am,mmg menarik,walaupun ianya berkaitan dgn business tp situasi soal kyakinan itu terpalit jga dgn realiti khidpan shari2..
insyaAllah,sama mndoakan.. ^_^
singgah ziarah...suke ayat i need Allah :)
Ameer Faris said…
terima kasih ats kunjungannya.. =)
Hans said…
semoga kita semua berjaya mencapai impian yang kita inginkan
:-)


P/S : Tolong Bantu Hans Menang iPad 2 ->

http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html
Muttallif said…
kita di ajarkan pelbagai cara untuk mendapatkan motivasi dan kejayaan. Tapi paling penting sememangnya tidak lari dari ajaran Allah swt. Jadi, apa yg kita lakukan, pstikan tidak tersasar dr ajaran-Nya...insya-allah berjaya.
Ameer Faris said…
Hans : ya,insyaAllah dgn usaha dan izinNya.. insyaAllah ! ;)
Ameer Faris said…
bro mutaliff: trima kasih ats komennya..insyaAllah ameer akn ingt selalu pesanan saudara,,trima kasih bnyk2 ya! =)
Fairuz said…
insyaAllah. semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat.
~SaL IjOu~ said…
Dlm keadaan mcm ni, sgt byk insan lain mempengaruhi..apa pun yg berlaku, cekalkan hati..& sentiasa yakin dengan ketentuan Ilahi..usaha tanpa henti..kamu pasti berjaya~ =)

smoga Allah permudahkan segalanya~ ^^
Ameer Faris said…
ukhti Fairuz: amin insyaAllah..itulah yg diharapkan.. =)
kak sal : benar tu kak..ameer akn ingt psanan akak tu,trima ksih ya! =)
Azek zk said…
betul tu. masa kecik kita jrg berfikiran negatif tetapi bile besar fikiran positif kita makin berkurg dek halangan yg dihadapi oleh hidup yg makin mencabar.
nur cahaya said…
nice entry..btul tu..
kite xb'jya sbb kite takut gagal..kite xyakin kite bley buat semua tu..
Ameer Faris said…
persekitaran dan corak hidup kita skrng ni bnyak mmperngaruhi semngt dan cara kita berfkir kan.. =)
~AyuyuE~ said…
nice blog!!follow me back;)
dlm hidup nie kenalah selalu berfikiran positif dan sabar + tabah + kuat semangat..barulah kejayaan aakn kita kecapi..

nice entry..
Ameer Faris said…
saudari ayuyue: thanks..insyaAllah sy akn ke blog saudari slpas ni.. =)
Ameer Faris said…
terbang bersamaku: trima kasih bnyk2 ats nsihat dan kunjungannya..amat brmkna bg saya.. =)
shairah said…
ok..baru pertama kali singgah blog...memang woww..like ur entry
Ameer Faris said…
saudari shairah : trima ksih ats kunjungannya.. sy amt mnghargainya.. =)

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…