Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Berubah Meskipun Payah ! Grrr...

Ramai orang mula sedar bahawa diri perlu berubah. Sampai bila kita hendak membiarkan diri terus-terusan hanyut dalam lautan nafsu tanpa sempadan. Zaman bersuka-ria telah berlalu. Hakikatnya usia semakin bertambah meningkat dan ajal semakin hampir. Sedar? Tiba masa untuk kembali kepada yang Satu.


Namun seakan-akan ada tembok besar yang menjadi penghalang penghijrahan dan pengislahan diri. Pernah tak kau orang berdepan dengan sekelompok masyarakat yang pesimistik dan suka memperkecilkan orang lain?  Mereka ini tampak benci kan perubahan dan kebaikan. Ada sahaja kesalahan orang lain yang ingin dikorek tanpa pernah mencuba untuk melihat kelemahan diri sendiri. 


Syiok Eh Menahan Marah ? Hmm..

Siapa kata syiok angkat tangan? memang anda ohsem kalau mengatakan ya ! Aku juga seringkali kabur hati apabila tenggelam dalam perasaan amarah ini. Teramatlah tak syiok. Tapi kita sebagai muslim hendak tak hendak, kena juga kawal perasaan ini. Dan aku akui selalunya bila aku kalah dengan perasaan ini, masalah yang aku tanggung bukan menyusut, tapi makin kusut ! Kabur jalan penyelesaian. Jom kita sama-sama ubah diri, jinakkan hati supaya sentiasa bersiap sedia untuk berdepan pelbagai situasi yang bakal mengundang perasaaan amarah ini.

Pintaku Suami Yang Soleh.. Dia Jodohku?

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu  solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu.

Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.