Thursday, January 19, 2012

Syukur Lulus Ujian JPJ,Dapat P

Assalamualaikum w.b.t 

Nyaman sungguh petang ni.Setelah sekian lama menanti akhirnya hujan jugak! (ceh,macam lama sangat ja).Sejak 3 atau 4 hari ni panas memanjang.Dan semestinya cuaca amat bahang. >>mukadimah ja,hari ni bukan nak cerita pasal cuaca tapi pasal ujian JPJ yang aku ambil. =)

Hari ini seperti biasa,bangun  mandi,solat subuh sarapan dan seawal jam 6.40pagi dah keluar rumah untuk tunggu driver sekolah memandu tu ambil.Aku beria keluar awal sebab semalam dimaklumkan oleh pejabat Berjaya tu,yang driver akan ambil pada pukul 7 pagi.Prinsip aku,biar aku tunggu orang,jangan orang pulak tunggu aku! haa sebab tu la awal sikit keluar . Tapi yang sadisnya,nak tau pukul berapa dia ambil?? 8.30 pg..adoi! sabar jelah.. prinsip tetap prinsip,namun kini tidak relevan lagi... -,-


Institut Memandu kat tempat aku tu hari ni,memang meriah dan ramai sungguh orang.Rasa teruja pun ada bila tengok kereta bermentol kuning di atas,motor,jaket keselamatan,helmet semuanya tersedia kemas dan tersusun! Nombor giliran yang aku dapat ialah berangka 28.Bagus..bagus..dapat tengok orang buat dulu!jadi taklah nervous sangat kan!

Permulaan,kami mulakan dengan bahagian 2 iaitu dalam track.Bermula dengan naik bukit,seterusnya side parking dan 3 penjuru.Dalam 3 jenis ni,yang paling aku risau ialah part bukit! serius,memang cuak beb! kadang-kadang kereta terundur ke belakang.Mana taknya,baru berderum sikit dan tarik handbrake.Clutch tak lepas lagi..Hehe

Okay,tiba giliran orang pertama hingga ke-27.Awal-awal itu ramai yang kandas! Pemandu lelaki atau perempuan sama sahaja,ramai yang kandas masa nak naik bukit! Mungkin jugak diorang nervous,maklumlah,ramai pulak penonton hari ni kan,macam tengok perlawanan bola sepak kampung!

Tiba giliran aku pulak,masa tu abang Zul yang standby kerete tu.Apalagi,dia panggil lah nama aku.Kat situ kebanyakkan cikgu memandu dah kenal aku.Maklumlah,aku ni bertukar-tukar guru,jadi semua kenal! =D Dalam hati,bagus,dari tadi aku tunggu saat ni.Baca surah al-Ikhlas sebelum naik,betulkan tempat duduk,dan pakai tali pinggang keledar(Baca surah ini sebab ada terbaca satu artikel,memulakan setiap perkara dengan surah al-Ikhlas.Nantilah aku akan share tentang topik ini pulak ya!)Sambung cerita..Masuk gear satu,turunkan handbrake,apa lagi moh la kita ke atas bukit yang tak berapa tinggi tu kan! Alhamdulillah,segalanya lancar.Lepas ja bukit aku dah mula rasa lega,senyum sokmo! sebab part parking tu semua aku tak ada masalah.Selesai bahagian ini.Sempatlah jugak aku tengok maklumat pada borang tadi,semuanya dalam masa yang singkat.Part bukit dan side parking tak sampai seminit.3 penjuru je seminit lebih macam tu.Lega-lega.

Kini menunggu giliran untuk test kat jalan raya pulak.Sekali lagi menunggu dengan penuh kesabaran walaupun macam orang cacing kepanasan.Penat der.Panas pulak cuaca pagi hari ni.Akhirnya tiba giliran aku.Naik kereta ja dah nampak pegawai JPJ yang botak tu.Sungguh gerun!Mulakan dengan memberi salam.Lega bila dia jawab salam aku dengan lembut,haha orang rupanya..melihatkan wajahnya yang garang buat aku naik gelabah.(nasib pegawai JPJ tak baca blog ni,agaknya la kan..hee)

Teruskan dengan lima perkara yang cikgu ajar dulu,dan apalagi,tukar gear reverse dan undurkan kereta dengan penuh hemah! Nak keluar ke simpang pagar,nyalakan signal dan berhenti.Kawasan gate ni agak berbukit sikit.Jadi sekali lagi ,terpaksa imbangkan minyak dan clutch.Alhamdulillah berjaya keluar dengan jayanya.

Jalan ...... tiba kat satu round about tiba-tiba dia suruh aku balik ke sekolah memandu.Tak sampai 10 min pun aku memandu! round about tu dekat ja dengan sekolah memandu.Alamak,aku pun apalagi menggelabahla.Macam-macam fikir.Aku gagal ke?aissh..Boleh pulak aku berdialog dengan pegawai tu "En saya lulus ke tidak ni,kalau gagal,bagilah saya satu lagi peluang!" berwajah menagih simpati..haha -,- shame

Tiba-tiba dia bersuara,"Cikgu awak ada ajar tak,sampai round about kene berhenti dulu?"..aku pun jawab,"err ada la rasanya kot"..toya je! haha "Eh,mana boleh rasa-rasa.Dah tak pa,kita balik terus!"katanya lagi. Sebenarnya kawasan round about tu memang tak ada kereta pun tadi,semua clear,jadi terus masuk situ tanpa berhenti,brake sekejap ja,lepas itu jalan.Aku mengaku itu kecuaian aku sendiri,lalai sikit, disebabkan gelabah pun ya.

Ya Allah,malunya nak balik sekolah memandu.Aku antara 2 atau 3 orang yang balik awal tau!sampai ke sekolah memandu,alhamdulillah,cantik ja masuk parking! tapi nampaklah wajah-wajah sinis orang-orang yang sedang menunggu giliran itu.Sabar ja la,masih menunggu keputusan.

Pegawai JPJ tu pun hulurkan aku borang-borang tu semua.Meliar mata aku mencari,lulus ke kandas ni.Eh,saspen je la. Belek punya belek,aku perasan,ramai orang yang ternanti-nanti,nak tau aku lulus ke tak,sebab sekejap yang amat! Dalam hati,sibuk ja.Haha emosi tanpa disangka.

Terpandang la markah .Ouuh lega,lulus juga akhirnya.Ramai jugak yang share kegembiraan ni,antaranya abg Zul dan abg Mahathir,cikgu-cikgu memandu aku yang sempoi!macam kawan dah.. sekali lagi,alhamdulillah,terlerailah segala spekulasi dalaman dan luaran.Dah lulus,kira okay la kan! 

Terima kasih jugak buat sahabat-sahabat yang turut sama mendoakan aku.Siap bagi text pagi-pagi buta! okay aku terharu. Aku berazam nak jadi pemandu berhemah lepas ni! hehe insyaAllah..


p/s: hari tu test komputer dapat 48/50..alhamdulillah,Allah permudahkan urusan dari A sampai Z..all the best yang sedang menjalani latihan memandu dan akan test JPJ ! chiayok! ;) moga Allah permudahkan juga urusan anda ya! insya-Allah.. take care!


11 comments

January 19, 2012 at 7:32 PM

Tahniah, kalau double posting nie, cuba tukar template..mungkin ada masalah dengan template tu.

January 19, 2012 at 9:49 PM

trima kasih..hmm utk mkluman sy dh pun tukar template beberapa kali..cuba utk edit code dan buang code tertera blog11,preview okay,x de lg double postings tp nk delete x boleh plk,kluar message error. =)

January 19, 2012 at 10:48 PM

assalamualaikum,tahniah sebab da lulus test,semoga jadi pemandu yang berhemah :)

January 19, 2012 at 11:07 PM

waalaikumussalam wbt..trima kasih..ya insyaAllah..syukran ala ziarah..

January 21, 2012 at 8:45 PM

Assalamualaikum..
waa tahniah2 sbb lulus test memandu..
kebetulan minggu depan nak belajar memandu..nebes2..

January 22, 2012 at 12:34 PM

ASSALAMUALAIKUM..

hmm sush x..31 ni baru nak test JPJ..
HIHIHI TAKOT2...

January 22, 2012 at 3:58 PM

waalaikumussalam,jgn tkut,sng ja..hehe ikut sperti yg ckg2 mmndu ajar sblum ni..sng2 dpt P insyaAllah.. =)

January 27, 2012 at 8:03 AM

Alhamdulillah tahniah.. bestla dpt memandu. =D

January 31, 2012 at 10:27 AM

waa..thniah!jom racing!hehe

January 31, 2012 at 2:38 PM

haha jom2..tp ameer dh berazam dpt P ja nk jd pmndu berhemah..hehe kurangkan risiko kmalangan la kak.. ^_^

February 5, 2012 at 9:25 PM

waaa,,bestnya,..tahniah

Post a Comment