Saturday, January 7, 2012

Siti Fatimah Mukhtar: Di UK dan Terus Cemerlang

*Motivasi Remaja!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani.

Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif.

Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.




Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.


 Siti Fatimah bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan  1 2A.


Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat

  
Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.

Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau.

 
Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK.
Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran



sumber: mengajipastiboleh.blogspot.com

9 comments

Junior K.Fatimah
January 7, 2012 at 5:25 PM

sangat mengkagumi keperibadian k.fatimah ..
dan memang tak dinafikan, sejak sekolah lagi, k.fatimah dah dikenali dengan keperibadian yang baik dan solehah, dan menjadi ikon kami, junior2 maahad..
dan untuk pembetulan, k.fatimah dah habis 30 juz lepas SPM lagi..
moga k.fatimah dapat istiqomah dengan apa yang dah beliau amalkan..

*syukran penulis atas perkongsian.. ^^

January 7, 2012 at 5:57 PM

insyaAllah...saya b'azam nk jd mcm die..ops..bukan..klaw boleh nk jd lebih dr die lagi..may Alalh bless her =)

January 7, 2012 at 9:40 PM

ni baru betul2 cukup bekalan agama :)

January 7, 2012 at 10:18 PM

Junior kk Fatimah: masyaAllah,beruntungla dpt kenal shbt sedemikian..ambil tips sbnyak mngkin! =)

cik kaki ktwa & nida husna: yup,betul,sewajarnya kita teladani..^^

January 8, 2012 at 3:32 PM

Assalamualaikum.

Terima kasih sudi berziarah di laman saya.

Semoga kita dapat mencontohi perkara yang baik-baik untuk manfaat hidup.

January 8, 2012 at 6:01 PM

ashrafi: terima ksih atas kunjungannya.. =)

January 15, 2012 at 8:44 AM

Kita asyik sering disajikan dengan cerita negatif. Tapi, Ada baiknya juga kita mendengar cerita-cerita yang baik dan positif.

Kerana kita semua tidak sempurna.

February 5, 2012 at 4:14 PM

Terima kasih sbb share & ziarah blog sy yg tak seberapa .Sy kagum dgn fatimah :)

February 5, 2012 at 6:33 PM

sama2..trima ksih jga ats kunjungannya! =)

Post a Comment