Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Jauhi 20 Perkara Untuk Mendapat Keredhaan Allah

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,

Di dalam kehidupan kita seharian ada perkara yang perlu kita segerakan untuk dilaksanakan dan ada pula perkara yang perlu dijauhi dan ditinggalkan. Setiap perkara yang ditegah atau dilarang sebenarnya terdapat beberapa hikmah dan kebaikan samaada berbentuk luaran (fizikal)  atau dalaman (hati dan jiwa) Terdapat 20 perkara yang patut dijauhi. Perkara tersebut adalah seperti berikut : Pertama : Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai Allah SWT. Kalau tertidur akan dimaafkan. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Yang membezakan (seorang itu mukmin) dan kufur serta syirik adalah meninggalkan solat”. (Hadis Riwayat Muslim) Firman Allah SWT فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ Maksudnya: “Kecelakaanlah bagi orang yang s…

Syukur Lulus Ujian JPJ,Dapat P

Assalamualaikum w.b.t 
Nyaman sungguh petang ni.Setelah sekian lama menanti akhirnya hujan jugak! (ceh,macam lama sangat ja).Sejak 3 atau 4 hari ni panas memanjang.Dan semestinya cuaca amat bahang. >>mukadimah ja,hari ni bukan nak cerita pasal cuaca tapi pasal ujian JPJ yang aku ambil. =)

Hari ini seperti biasa,bangun  mandi,solat subuh sarapan dan seawal jam 6.40pagi dah keluar rumah untuk tunggu driver sekolah memandu tu ambil.Aku beria keluar awal sebab semalam dimaklumkan oleh pejabat Berjaya tu,yang driver akan ambil pada pukul 7 pagi.Prinsip aku,biar aku tunggu orang,jangan orang pulak tunggu aku! haa sebab tu la awal sikit keluar . Tapi yang sadisnya,nak tau pukul berapa dia ambil?? 8.30 pg..adoi! sabar jelah.. prinsip tetap prinsip,namun kini tidak relevan lagi... -,-

Siti Fatimah Mukhtar: Di UK dan Terus Cemerlang

*Motivasi Remaja!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani.
Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif.
Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.



Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.