Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Pendengki Lebih Rendah Daripada Yang Didengki

Tarbiyyah Remaja !

Kedengkian (hasad) itu seperti makanan masin yang sentiasa merapuhkan tulang. Hasad itu juga seperti penyakit kronik yang selalu merosakkan tubuh secara perlahan-lahan sehingga membusuk. Ada ungkapan : “Tidak ada yang menyenangkan dari seorang pendengki, kerana ia akan selalu menjadi musuh dalam selimut.” 
Ada pula yang berkata seperti ini :  "seorang pendengki; memulai dengan persahabatan dan mengakhiri dengan pembunuhan.”Saya berusaha mencegah diri peribadi saya dan juga anda agar tidak mengidap penyakit dengki. Ini merupakan wujud kasih sayang saya terhadap diri saya sendiri dan terhadap anda sebelum dapat mencurahkan kasih-sayang kepada orang-orang lain. Bagaimana pun, dengan dengki terhadap orang lain, kita sama halnya dengan memberi makan kesedihan kepada daging-daging kita, memberi minum kegelisahan kepada darah kita dan menyebarkan rasa mengantuk pelupuk mata kita kepada orang lain.

Disebalik Bacaan Talkin

Tarbiyyah !

Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllahWALLAHU A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai S…

Pengalaman Koma Menginsafkan

Teladan !

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah benar, pengalaman seorang sahabat yang telah mengalami koma (kritikal & tidak sedarkan diri). Semasa beliau koma, beliau telah merasai sendiri beberapa pengalaman yang unik yang dapat dijadikan pengajaran atau iktibar untuk kita semua. Kisah benar ini ditulis berdasarkan cerita yang telah dikongsikan oleh beliau sendiri. Bacalah dengan penuh perhatian dan ambil pengajaran daripada kisah tersebut. ———————————- Pengalaman Koma Yang Begitu Menginsafkan. Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terl…

Kisah Jenazah Duduk Bersila

Teladan !

Sudah menjadi kebiasaan setiap malam Jumaat , akan diadakan bacaan surah Yasin di surau dan masjid di Malaysia. Ramai yang membaca tetapi tidak mengetahu kelebihan membaca Yasin. Penulis paparkan satu kisah bukan berkenaan orang membaca surah Yasin tetapi mayat yang membacanya.Ambillah pengajaran daripada kisah ini.
Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia. Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji.
Makam tersebut terletak di Ma'la iaitu tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.

Sebuah Perjuangan

Diari Remajaku !

Semalam merupakan tarikh keramat bagi aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain.Semalam merupakan detik yang kami tunggu-tunggu selama ini.Berakhir sudah perjuangan kami selama 2 tahun berhempas pulas,menghadiri kelas-kelas tambahan tanpa rasa jemu,bersengkang mata siang dan malam menelaah,bermujahadah melawan nafsu yang sentiasa menggugat kemimanan dan minat kami agar terus meneroka ilmu,demi mengejar fatamorgana dunia.Ya,semuanya bersifat duniawi,inginkan kejayaan dalam SPM,tapi kami yakin,bahawa kami berjuang bukan semata-mata mengharapkan kejayaan di dunia,tapi juga di akhirat.Kami yakin dan percaya,bahawa belajar itu satu ibadah,dan kami telahpun melakukan yang terbaik semuanya dengan niat kerana Allah SWT.Perjuangan yang pada asalnya bersifat duniawi,kini bertukar menjadi satu ibadah bukan?