Skip to main content

Sebuah Perjuangan

Diari Remajaku !

Semalam merupakan tarikh keramat bagi aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain.Semalam merupakan detik yang kami tunggu-tunggu selama ini.Berakhir sudah perjuangan kami selama 2 tahun berhempas pulas,menghadiri kelas-kelas tambahan tanpa rasa jemu,bersengkang mata siang dan malam menelaah,bermujahadah melawan nafsu yang sentiasa menggugat kemimanan dan minat kami agar terus meneroka ilmu,demi mengejar fatamorgana dunia.Ya,semuanya bersifat duniawi,inginkan kejayaan dalam SPM,tapi kami yakin,bahawa kami berjuang bukan semata-mata mengharapkan kejayaan di dunia,tapi juga di akhirat.Kami yakin dan percaya,bahawa belajar itu satu ibadah,dan kami telahpun melakukan yang terbaik semuanya dengan niat kerana Allah SWT.Perjuangan yang pada asalnya bersifat duniawi,kini bertukar menjadi satu ibadah bukan?


Cita-cita.. =) 
   Kini segalanya telah berakhir,tiada lagi kelas tambahan,tiada lagi sesi ceramah,tiada lagi jadual belajar yang diakui agak berat,tiada lagi guru-guru di sisi... Aku hanya mampu berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT agar setiap usahaku selama ini membuahkan hasil.Aku mengharapkan kejayaan yang gemilang,dan ingin sekali aku hadiankan slip peperiksaan yang tertera semua A buat kedua-dua ibu dan bapaku.Aku tahu,mereka banyak sekali berkorban untukku selama 17 tahun aku hidup bersama mereka.Inilah masanya untuk aku membalas jasa dan pengorbanan mereka.Mungkin,ini tidak lah seberapa dan hanya cebisan yang mampu aku hadiahkan kepada mereka,namun aku harapkan ini hanya lah permulaan.Moga apa yang aku impi dan usahakan selama ini membuahkan hasil.


  Tahun 2011,sedar mahupun tidak,semakin hampir ke penghujungnya.Hari ini 1 Disember! Pantas sekali masa berlalu.Suka dan duka,gelak tawa sepanjang tahun ini tersemat ampuh dalam ingatan.Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang tempoh ini.Adakalanya aku terfikir,indahnya saat-saat itu.Mungkin ketika itu aku tidak sedar akn hal ini.Ya,kadangkala ianya perit,berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan.Tapi jelas sekali,naik turun kehidupan itu satu perkara biasa.Detik-detik inilah yang mewarnai kehidupan kita sehari-hari.Mengajar kita agar lebih matang,bijak bertindak dan yang paling penting ianya mengingatkan kita agar jangan sesekali jauh dari Tuhan.Aku yakin kalian mengerti.

  Sahabat,

    Kalian akan ku rindui,terima kasih kerana sentiasa setia di sisiku selama ini,tidak kira ketika aku suusah dan senang,gembira mahupun berduka,kalian sentiasa ada!Terima kasih! Aku sentiasa berdoa agar kita sama-sama berjaya dan bergembita ketika hari graduasi nanti ya!Insya-Allah,yakin pada diri,bahawa kita telah pun melakukan yang terbaik ketika SPM lepas.Perkara yang berlalu usah dikenang.Teruskan berdoa dan jangan menyerah.

Kenangan,

Kursus Haji Perdana 2011 Peringkat Daerah..mmg seronok! =D


p/s: kalau pn maslina atau pn suaraya baca,hmm..msti diorang bagi markah tatabahasa rendah.ni.hehe =' )
 next plan,daftar di driving school!then bleh mula kelas mnggu dpn,mudah2an smuanya lancar .. pastu tggu panggilan plkn,nsib baik kump 2atau 3..hmm lma lg.. daa..salam wbr ^^

Comments

Fendy said…
good luck...tawakal dan doa..InsyaAllah
sea_lavender said…
Alhamdulillah...tahniah~ skg hanya bermohon pd-Nya~~ Ingt DUIT dlm hidup ~

D-doa
U-usaha
I-istiqamah
T-tawakal

hanya Dia Maha Pemberi
terima kasih ..alhamdulillah kmbali bersemangt mndgr comment dr kalian.. =)
syeera said…
insyaAllah ada peluang besar dapat result cemerlang nanti. dah buat yang terbaik, kan? jeles pulak tengok orang lain dah habis sekolah. doakan saya tahun depan pula :)
ahsfantasy24 said…
Ikhlaskan diri untuk melakukan
segala amalan, semuanya akan jadi
ibadah jika keranaNya :)

Latest Post:
Kalau Tuhan Pisahkan Kita, Awak Marah Tuhan?
Ameer Faris said…
aminn insyaAllah trima kasih ats kunjungannya.. =)

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…