Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Mahasiswa Muslim Luar Biasa!

Motivasi Siswa ! Petikan tulisan penulis di LangitIlahi.Com

Mahasiswa, apakah perasaan anda sekiranya di fakulti anda pelajar yang terbaik dikuasai oleh pelajar bukan Islam? Anda ambil perubatan, kejuruteraan, peguam, IT, Matematik, Statistik, Arkitek, dan sebagainya, lalu pelajar bukan Islam mendominasi kecemerlangan meninggalkan pelajar Melayu Muslim. Pelajar dari UiTM dan dari pengajian Islam mungkin tidak merasai apa-apa dengan situasi ini. Seorang sahabat saya yang bertugas sebagai Pendaftar di sebuah IPTA menceritakan bahawa di universitinya semakin ramai pelajar bukan Islam mendominasi kecemerlangan di fakulti walaupun bilangan mereka minoriti di kampus.

Singa Yang Ditikuskan?
Apakah sudah tidak ada lagi kualiti mahasiswa muslim yang hebat dan luarbiasa di kampus? Atau mereka sudah menjadi anak singa yang telah ditikuskan? Seorang sahabat saya saat belajar di kampus pada sekitar tahun 1996, belajar di Jabatan Kimia, Fakulti Sains Fizis Gunaan, UKM dalam bidang Sarjana Muda Sains, K…