Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Kisah 4 Nabi Yang Masih Hidup

1. Nabi Khidhir a.s. Ulama’ Ahlus Sunnah wal Jama`ah memfatwakan bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan hanya golongan minoriti sahaja yang mengatakan baginda telah wafat. Berdasarkan tulisan Imam an-Nawawi dalam “Syarah Muslim” juzuk ke–15, mukasurat 135–136 pada Bab min Fadhail al-Khidhir s.a.w., beliau menyatakan:- Jumhur Ulama’ berpendapat bahawasanya dia (yakni Sayyidina Khidhir) hayyun maujudun baina adzharina (hidup dan wujud di kalangan kita, yakni di masa kita ini) dan pendapat ini telah disepakati oleh para shufi dan ahlush sholah wal ma’rifah (orang-orang ahli kebajikan dan ma’rifah). Cerita-cerita mereka mengenai melihat dan bertemu dengan baginda dan mengambil pengajaran serta bersoal-jawab dengan baginda, dan kehadiran baginda di tempat-tempat yang mulia dan tempat-tempat kebajikan adalah terlalu banyak daripada boleh dihitung dan terlalu masyhur daripada boleh ditutup.
Dan telah berkata asy-Syaikh Abu ‘Umar bin ash-Sholah: “Dia (yakni Nabi Khidhir) hidup menurut jumhur…