Skip to main content

Umrah 2011 - Part 1

ASSALAMUALAIKUM 

Alhamdulillah, aku dan keluarga selamat tiba ke tanah air daripada menunaikan umrah tengah malam semalam. Kami masih lagi keletihan setelah menempuh perjalanan yang sangat lama. Jadi,  berehat adalah langkah yang terbaik. Terpaksa cuti hari ni. Sukarela sebenarnya. Bukan terpaksa. heh 

InshaAllah akan aku kongsikan pengalaman sepanjang menjadi tetamu Allah kat korang semua, mudah-mudahan kalian jadi lebih bersemangat dan mula berazam untuk ke tanah suci ya!

Dipendekkan cerita,setibanya di KLIA, rasa tak sabar nak berlepas. Kami bertolak dari Malaysia ke Dubai dalam pukul 2.00am. Perjalanan ke Dubai adalah selama lebih kurang 7 jam. Letih la jugak duduk dalam kapal lama-lama. Bangun tidur. Bangun tidur. Aik, tak sampai sampai lagi. Nasib baik banyak kali makan dalam tu, maintain energy.





Setibanya di Dubai, kami transit lebih kurang 2 jam. Sempatlah solat Subuh dan rehat-rehat jap. Kemudian, bertolak pula ke Jeddah. 

Dari atas kapal, kelihatan bangunan-bangunan berwarna coklat tanah (ketika kapal nak mendarat). Dengan harapan adalah bangunan berkaler2 kat bawah kan. Tapi apa yang aku nampak dari atas, begitulah rupanya apabila berada di bawah. Bangunan-bangunan kat tanah arab ni kebanyakannya memang berwarna cokelat tanah. Tapi kat Jeddah agak moden sikit berbanding kawasan-kawasan lain. Homesick terus aku time tu. Tapi tetap bersemangat nak beribadah. 

Kat situ adalah jugak shopping complex, KFC, Pizza Hut, McDonalds dan lain-lain lagi. Rasa excited setibanya di Jeddah Airport. Sebaik turun daripada kapal, perkara pertama terdetik dalam hati ialah panas. Ya,sungguh panas! Rasa teruja yang amat time tu, sebab selalunya, aku tengok kat tv je tempat ni, tapi pada hari tu, aku sendiri merasa bagaimana suasananya.

Pemandangan kedai kedai. Nampak tak sempurna, tapi ada je customer. 






Ok, perjalanan diteruskan ke Madinah. Sungguh teruja.Tapi,perjalanan memang mencabar. Terus terang aku cakap. Bersyukur jugak sebab naik bas. Rupanya jauh tahu, dari Jeddah nak ke Madinah.

Teringat pulak kisah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam suatu ketika dahulu. Masha-Allah hebat iman mereka!Bayangkan bagaimana mereka berjalan kaki dan menaiki unta di bawah terik matahari dan padang pasir yang semangnya bahang, berbatu-batu jauhnya!! Mana ada R&R time tu kan. 

Sedangkan kita yang menaiki bas ni pun dan terasa penat inikan pula mereka kan? subhanallah.. bila teringkatkan sirah nabi, ini membuatkan aku dan jemaah lain bertambah bersemangat dan sentiasa berfikiran positif. Yeah! 

Perjalanan terasa sangat panjang dan memenatkan. Rasa bersyukurnya kita kat Malaysia kan. Sangat bersyukur, banyak bezanya tau! Culture shock jugak la. Agak mundur jugak kawasan-kawasan yang aku lalui tu.. hehe Ada jugak stesen stesen minyak dan R&R. Tapi alahai.. Faham faham jelah macam mana rupanya.

Katil aku dengan adik. Bilik agak mewah kat Madinah.
Tiba di bandar Madinah al-Munawwarah, rasa seronok. Kat situ banyak bangunan tinggi-tinggi, kebanyakannya hotel-hotel la. Kami berada di sini selama 3 hari. Tak lama. Suasananya maju kalau nak dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain. 

Rasa sayu menyinggah diri tatkala ternampak menara Masjid Nabawi di celah-celah bangunan-bangunan tinggi daripada dalam bas. Rasa tak sabar nak ke situ. Syahdu. Hati sangat sayu. Rasa macam dalam mimpi. Masha Allah. Sebab selalu, tengok kat tv je, rasa tak sangka dapat jejak jugak ke sana.

Kat hotel, ada pantry.. tapi tak digunakan pun. Tak sempat nak masak bagai.
Tapi apapun , kita rehat dan berkemas kat hotel dulu. Dah mandi dan setelah siap berkemas, kami pun dengan penuh rendah diri melangkah ke Masjid Nabawi. Dekat la juga, belakang hotel tempat kami menginap. Masuk je pagar masjid Nabawi, masha-Allah, Allah sahaja yang tahu perasaan kami. Selawat diperbanyakkan, tak lekang di bibir. Alhamdulillah, sampai juga ke masjid nabi. Kami pun bersembahyang maghrib di situ dan pulang ke hotel untuk sambung berehat sebelum tibanya waktu Isyak. Maklumlah baru sampai.

Sepanjang berada di Madinah, masa yang ada tidak sesekali dipersia. Solat berjemaah di masjid, bertadarus dan beribadah. Walaupun berasa teramat letih, tapi tetap cekal untuk ke masjid. Gembira!! 

Syukur kepada Allah SWT, dapat ziarah makam Rasullullah SAW (lama jugak kat situ), Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar RA.

Suasana dalam Masjid Nabawi. Nanges.
Aku dan adik juga berpeluang untuk solat sunat dan berdoa  di Raudah. Alhamdulillah kami dapat berada lama juga di Raudah, lapang je walaupun sempit. Untuk makluman, suasana kat Raudah sememangnya sentiasa sesak, dan orang ramai berebut-rebut, berasak-asak untuk bersembahyang kat situ.

Kalau korang berpeluang untuk berada di sini, jangan cepat melenting andai ada orang yang melangkah kepala, menolak, terpukul atau sebagainya. Semua itu hanya dugaan sahaja. InsyaAllah, sabar dan sabar, besar hikmahnya .

Raudah merupakan salah satu daripada taman-taman syurga dan antara tempat yang paling mustajab untuk berdoa . Semua orang berebut-rebut nak bersembahyang di situ, jadi kalau yang lelaki tu, jangan pulak lepaskan peluang untuk bersembahyang dan berdoa di sini ya! Kalau perempuan,agak susah untuk dapat peluang macam ni. Jadi bersyukur dan rebutlah setiap peluang yang ada! 

suasana dalam Masjid Nabawi
Memang mencabar dan kena cekal hati untuk bersembahyang kat situ.Kalau ada kelapangan, buatlah dulu solat hajat, mohon dipermudahkan, insya-Allah akan ada ruang dan peluang untuk korang! Doa mustajab insyaAllah. Menangis juga ketika berdoa di Raudah, tangisan kesyukuran dengan rasa kehambaan yang menebal. Sembahyang di sini memang tenang.T ercium bau wangi.Ketika ziarah makam Rasullullah SAW juga tercium bau wangi. Kami juga sempat ziarah makam baqi'...

Ziarah Wida'

Setelah membaca doa ziarah wida', berhampiran dengan kubah Masjid Nabawi, sekali lagi terasa sayu untuk berpisah dengan masjid nabi. Tibalah masa untuk berangkat ke Mekah.

Semua jemaah dah pun bersiap-sedia dengan ihram masing-masing. Tiba di Bir Ali, kelihatan ratusan malah mungkin ribuan manusia yang berpakaian putih, semuanya sama.

Tak kira pangkat atau darjat, semua berpakaian ihram putih. Di sini, adalah miqat untuk niat ihram dan umrah. Sebab bertolak dari Madinah. Kat sini aku dapat lihat pelbagai ragam manusia.

Yang paling menyentuh hati, ketika aku selesai mengambil wuduk,  tiba-tiba, seorang tua rebah betul-betul kat depan aku. Orang ramai cepat cepat sambut tubuh orang tua tu.

Aku agak, dia dari Indonesia. Jemaah yang lain menangis nangis,memanggil nama lelaki tua tu. Muka dia sangat pucat macam mayat, masha-Allah hibanya rasa. Secara tak sedar aku pun menangis sama. Terkejut. Kaku. Walaupun tak kenal mereka sama sekali. Masya-Allah, aku berdoa agar lelaki tua itu selamat dan sempat mengerjakan ibadah umrah. 

Balik dari masjid, aku nampak lelaki tu di atas wheelchair ditemani mutawwif mereka. Sayu hati. Dia diajar mengucap, dan tubuh dia mengigil! sedih yang amat. Aku dan adik terus melangkah untuk ke bas.

Sekali lagi saya berdoa,agar dia sempat untuk menunaikan ibadah umrah. ='(

Perjalanan kami masih lagi panjang.Dijangka tiba ke Mekah dalam lepas Isyak.

Sepanjang perjalanan,semua jemaah bertalbiyah. Sayu, memang sayu...rasa tak sabar untuk melihat kaabah!

Comments

Mohd Syafi said…
wah .ameer
perjalanan seorang perantau .
harap 1 hari nnti dpt ke mekah :)

1 pengalaman yg hebat ..nice 1 :)
insyaAllah,mohd syafi akan dapat merasai nya juga suatu hari nanti..mmg best kat sana,aman tenteram dan paling khusyuk kita beribadat di hadapan kaabah .. =D

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…