Monday, June 13, 2011

Perjalanan Umrah 2011 - Part 2

Dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah, kami sempat singgah di sebuah masjid. Dan di perkarangan masjid tu, ada jugaklah kedai makan. Kalau kat Malaysia, ala ala R&R la kan. Tapi disebabkan kepala mamai, tertidur dalam bas, sampai tak tahu apa nama tempat tu.

Yang pasti memang beratus-ratus orang kat situ. Sembahyang Maghrib dan Isyak secara jamak. Kat situ pun agak mencabar gak, sesak sangat! Baru permulaan sebenarnya. Kat Mekah nanti lagi ramai! Berganda.

Dari tempat tu ke Mekah dah tak jauh sangat, ah,lega rasanya.. seronok! sempat mengeteh sekeluarga,makan murtabak panas dan air kopi. Hilang rasa penat. Sumpah sedap makanan tu. Sebab lapar. Seharian keletihan dalam perjalanan kan.
















Masuk ke kota Mekah,baca doa.Terasa hiba.Jejak je kaki ke tanah haram Mekah al-Mukarramah, lafaz tahmid diungkapkan. Alhamdulillah, sampai juga ke sini. Terasa bagai mimpi yang tersangat indah! Subhanallah.

Balik hotel jap, lepas tu 11.30pm turun ke masjidil haram untuk tawaf. Sebaik melangkah masuk ke dalam masjid, benda pertama yang aku cari ialah Kaabah. 

Melangkah dan terus melangkah, akhirnya , bermulalah pertemuan aku dengan Kaabah. Masha-Allah, terasa sangat sayu hati dan kerdilnya diri ini. Ratusan ribu manusia berada di situ . Mungkin berjuta jugak. Kemudian turun ke bawah (dataran) untuk tawaf. Selesai tawaf ke bukit safa pula untuk sa'ie. Memang jauh, tapi tak terasa penat sebab terlalu bersemangat. 

Sedar tak sedar, selesai umrah dekat subuh. Langsung tak terasa mengantuk. Suasana di masjidil haram tak pernah lengang walaupun sesaat. Sentiasa penuh dengan manusia. Boleh aku katakan, 24 jam, ada sahaja manusia yang tawaf mengelilingi kaabah dan mengerjakan ibadah sa'ie. Kecuali waktu solat la kan... 

Setelah selesai buat umrah, terus duduk kat depan kaabah tunggu azan subuh. Alhamdulillah selamat satu umrah. Sempat jugak berkenalan dengan seorang pak cik dari Malaysia yang bekerja di Lubnan dan seorang lagi rakan memang orang arab saudi. Kat masjidil haram, hampir setiap hari aku berkenalan dengan ramai kawan baru. Di samping beribadah, kita dapat memperkukuh ukhwah sesasama muslim kat sini, dari serata dunia tahu!

Gambar pebret. Indah sangat. 








Alhamdulillah, banyak tenaga untuk buat umrah! kat mekah cuaca lebih panas daripada Madinah. Lebih kurang 47-49 darjah celcius. Memang bahang sangat! Kulit terasa lebih sakit bila ada angin! sebab anginnya sungguh bahang dan kering! sabar..sabar... 

Seronok di Mekah. Waktu tidur agak tunggang terbalik. Dalam sehari cuma tidur dalam 3-4 jam. Seawal jam 2 atau 3 pagi dah bangun, mandi dan bersiap untuk ke Masjidil Haram, bagi menunaikan solat subuh. Lepas subuh,balik makan dan berehat sekejap di hotel kemudian terus berihram untuk ke Tan'em bagi mengerjakan umrah. Soal pengangkutan, tak yah susah2 nak fikir,ada banyak pilihan. Cuma perlu sediakan duit sahaja. Kena pandai pilih la. Jangan sampai kena tipu dengan pak arab kat sana.

Banyak lagi tempat-tempat  yang kami lawati, antaranya Masjid Quba, Masjid Hudaibiyah, Masjid Qiblatain, ladang unta, Museum Architecture 2 Holy Mosque, ladang kurma, dan lain-lain lagi..


Tengok Kaabah pun dah dapat pahala tahu. :)