Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Kenapa Jiwa Lemah?

;Setiap dari kita tentunya pernah melalui hari-hari baru dengan penuh kegelisahan dan keraguan. Tentunya ada hari-hari dimana jiwa kita terasa lemah dan payah untuk bangun dan menghadapi tekanan dan cabaran kehidupan.

Inilah sebenarnya hakikat diri kita. Lemah, serba kekurangan, tidak berdaya dan sentiasa memerlukan pergantungan kepada yang lebih kuat dan agung. Mungkin persoalannya; pada siapa kita sandarkan harapan kita, pada siapa kita tujukan segala keluhan dan keresahan jiwa kita dan pada siapa kita menagih simpati dan pertolongan. Di dalam beberapa tempat di dalam al Quran, Allah menggambarkan bahawa manusia ini memang lemah. Ya, kerana kelemahan itulah salah satu sifat sebagai hamba. Kita adalah HAMBA ALLAH yang sentiasa memerlukan taufiq dan hidayahNya.

Oleh itu kelemahan jiwa bukanlah penyakit yang sebenar tetapi simtom atau tanda bahawa hati kita sedang lemah pergantungannya kepada Allah SWT. Ada juga manusia yang cuba keluar dari sangkar kelemahan ini dengan cara yang salah…

Perjalanan Umrah 2011 - Part 2

Dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah, kami sempat singgah di sebuah masjid. Dan di perkarangan masjid tu, ada jugaklah kedai makan. Kalau kat Malaysia, ala ala R&R la kan. Tapi disebabkan kepala mamai, tertidur dalam bas, sampai tak tahu apa nama tempat tu.

Yang pasti memang beratus-ratus orang kat situ. Sembahyang Maghrib dan Isyak secara jamak. Kat situ pun agak mencabar gak, sesak sangat! Baru permulaan sebenarnya. Kat Mekah nanti lagi ramai! Berganda.

Dari tempat tu ke Mekah dah tak jauh sangat, ah,lega rasanya.. seronok! sempat mengeteh sekeluarga,makan murtabak panas dan air kopi. Hilang rasa penat. Sumpah sedap makanan tu. Sebab lapar. Seharian keletihan dalam perjalanan kan.















Masuk ke kota Mekah,baca doa.Terasa hiba.Jejak je kaki ke tanah haram Mekah al-Mukarramah, lafaz tahmid diungkapkan. Alhamdulillah, sampai juga ke sini. Terasa bagai mimpi yang tersangat indah! Subhanallah.
Balik hotel jap, lepas tu 11.30pm turun ke masjidil haram untuk tawaf. Sebaik melangkah masuk ke d…

Umrah 2011 - Part 1

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah, aku dan keluarga selamat tiba ke tanah air daripada menunaikan umrah tengah malam semalam. Kami masih lagi keletihan setelah menempuh perjalanan yang sangat lama. Jadi,  berehat adalah langkah yang terbaik. Terpaksa cuti hari ni. Sukarela sebenarnya. Bukan terpaksa. heh 

InshaAllah akan aku kongsikan pengalaman sepanjang menjadi tetamu Allah kat korang semua, mudah-mudahan kalian jadi lebih bersemangat dan mula berazam untuk ke tanah suci ya!
Dipendekkan cerita,setibanya di KLIA, rasa tak sabar nak berlepas. Kami bertolak dari Malaysia ke Dubai dalam pukul 2.00am. Perjalanan ke Dubai adalah selama lebih kurang 7 jam. Letih la jugak duduk dalam kapal lama-lama. Bangun tidur. Bangun tidur. Aik, tak sampai sampai lagi. Nasib baik banyak kali makan dalam tu, maintain energy.




Setibanya di Dubai, kami transit lebih kurang 2 jam. Sempatlah solat Subuh dan rehat-rehat jap. Kemudian, bertolak pula ke Jeddah. 

Dari atas kapal, kelihatan bangunan-bangunan berwarna cokla…