Skip to main content

Fikiran, Hati Tenang Suburkan Sikap Optimis



Bersama Abdurrahman Haqqi

IBNU Abbas RA ialah sahabat Nabi SAW yang digelar sebagai hibr al-ummah atau tinta umat kerana kehebatan ilmu, khasnya dalam memahami al-Quran seperti doa yang dimohon Baginda untuknya. Ibnu Abbas mempunyai pendirian unik dan patut kita miliki agar kita hidup tenang, tenteram dan bersahaja seperti beliau.

Ibnu Abbas berkata:

“Dalam diriku ada tiga keistimewaan; tidaklah hujan turun ke muka bumi, melainkan aku pasti memuji Allah dan bergembira dengannya, meskipun aku tidak mempunyai kambing dan unta; tidaklah aku mendengar seorang hakim yang berlaku adil kecuali aku sentiasa mendoakan kebaikan untuknya walaupun aku tidak mempunyai perkara apa pun yang mesti dia putuskan; dan tidaklah aku memahami maksud suatu ayat dalam kitab suci Allah, melainkan aku selalu ingin orang lain juga mengetahui isi ayat itu seperti aku mengetahuinya.”

Demikian antara kecintaannya untuk melakukan kebaikan terhadap sesama manusia, penyebaran nilai keutamaan di antara mereka, usaha untuk menyelamatkan hati mereka nasihat untuk semua makhluk. Ia datang dari lubuk hati yang suci dan ikhlas yang menganggap semua insan sebagai saudara dan bukan insan sebagai sesama makhluk Allah.

Ini berlainan dengan apa yang dikatakan bekas Timbalan Presiden Amerika Syarikat era Bush, Al-Gore Khamis lalu di Oxford University, England seperti dikutip Fox News, Jumaat lalu. Dalam ucapannya, dia berkata: “Perlu diketahui oleh anda semua, melawan perubahan iklim yang semakin parah, harus sama kuatnya ketika dunia melawan Hitler dengan ideologi Nazi.” Sebelumnya, dia berkata: “Kita mengenal Winston Churchill sebagai wira dalam Perang Dunia II”.

Dalam melawan pemanasan global, kita memang memerlukan kebijakan politik. Namun itu saja tidak cukup, ia perlu sesuatu yang lebih untuk melawan itu semua. Menyamakan Hitler dengan pemanasan global ialah persamaan tidak masuk akal bagi fikiran yang lurus dan tenang, namun bagi fikiran yang kusut, ia mungkin sesuatu yang masuk akal. Hitler ialah manusia manakala pemanasan global adalah bencana alam. Kedua-duanya berbeza kecuali dari sudut natijah berdasarkan orang yang memandangnya.

Ketika fikiran manusia terganggu oleh sesuatu, maka perkara luas menjadi sempit dan yang bagus menjadi buruk serta sesuatu yang menggembirakan berubah sedih.

Dalam hadis sahih disebutkan seorang Arab Badwi solat berjemaah bersama Rasulullah SAW. Pada saat tasyahhud, dia membaca doa: “Ya Allah, berikan rahmat-Mu kepadaku dan kepada Nabi Muhammad dan janganlah Engkau berikan rahmat-Mu kepada selain kami.”

Selesai solat, Rasulullah berkata kepada orang Badwi itu: “Engkau membuat sesuatu yang luas menjadi sempit.” Sesungguhnya rahmat Allah itu meliputi segala sesuatu firman Allah maksudnya:

“…dan Dia Maha Penyayang kepada orang yang beriman.” (Surah al-Ahzab: 43)

Ketika fikiran tenang segala sesuatu di depan mata nampak jernih dan semua berjalan lancar serta mudah. Sebaliknya, ketika fikiran kusut segala di depan kita nampak buntu dan semua terhenti atau tertutup kerana dalam fikiran tenang ada tafa’ul, optimistik dan dalam fikiran kusut ada tasya’um, pesimistik. Tafa’ul adalah natijah daripada tauhid, manakala tasya’um adalah natijah daripada syirik.

Kita diperintah Allah dan selalu membaca doa diajar-Nya bermaksud:

“(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakan kepada kami limpah rahmat di sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jua Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Surah Ali Imran: 8.)

Fikiran tenang ialah buah keimanan yang membimbing kita untuk melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya dikenali sebagai takwa.

Orang beriman dan memiliki fikiran tenang sentiasa beramal salih. Ketika beramal dia teringat janji Tuhan bermaksud:

“Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa daripada amal yang salih, sedang dia beriman, maka tidaklah (seharusnya) dia berasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikit pun daripada pahalanya.” (Surah Taha: 112)

Padahal dalam ayat sebelumnya, Allah menegaskan bermaksud:

“Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah yang Maha Hidup, lagi yang kekal mentadbirkan makhluk selama-lamanya; dan sesungguhnya rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman.” (Surah Taha: 111)

Seorang yang berfikiran tenang tidak tergopoh-gopoh ketika melakukan kesilapan atau kesalahan kerana dalam dirinya tertanam pengajaran yang diperoleh daripada hadis bahawa Rasulullah SAW sedang solat berjemaah. Selesai solat ada seseorang berdiri dan berkata kepada Rasulullah: “Aku melakukan suatu dosa dan harus dikenakan hukuman, maka jatuhkanlah hukuman itu padaku.”

Rasulullah SAW bertanya: “Apakah tadi engkau solat berjemaah bersama kami?” “Ya,” jawab orang itu. Rasulullah pun bersabda: “Pergilah, Allah sudah mengampuni dosamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Bukankah Allah berfirman maksudnya:

“Dan sesiapa yang berbuat dosa atau berbuat zalim terhadap dirinya sendiri, kemudian memohon ampunan kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Nisa: 110)

Dengan ketenangan fikiran, empat perkara boleh kita sedari.
  • Pertama, jika kita tidak hidup dalam batasan hari ini, tentu fikiran kita melayang ke mana-mana. Seterusnya, urusan menjadi kacau-bilau dan kedukaan kita lebih banyak. Inilah makna hadis yang bermaksud: “Apabila engkau berada pada waktu pagi, jangan menunggu datangnya petang dan apabila engkau berada pada petang, jangan menunggu datangnya pagi”.
  • Kedua, melupakan masa lalu dan semua yang terjadi. Tumpukan diri pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yang sudah selesai adalah kebodohan dan menyebabkan kegilaan.
  • Ketiga, tidak menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan sehingga ia datang.
  • Keempat, jangan mudah tergoncang oleh kritikan. Teguhkan pendirian menghadapinya dan sedarlah kritikan itu mengangkat harga diri setara dengan kritikan itu.
Di samping doa Nabi Musa AS untuk menenangkan fikiran ada juga doa yang dibaca oleh belia beriman yang menyelamatkan diri daripada kezaliman penguasa ketika itu. Ia juga doa untuk penjernihan fikiran kita. Doa itu bermaksud:

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat daripada sisi-Mu dan beri kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” (Surah al-Kahfi: 10)

Sumber:

Sila klik imej di bawah untuk ke page Mutiara Hati ^_^ Insya-Allah bermanfaat untuk semua..


Comments

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…