Skip to main content

Motivasi | Kelemahan



Tiada siapa terlepas daripada perasaan ini. Ditambah pula, angin kesedihan akan wujud memeluk kita apabila kita berada dalam situasi ini, tambah melemahkan lagi diri kita yang telah sedia lemah ini.
Orang selalu mencari jalan untuk ‘tidak disentuh langsung oleh kelemahan’. Tetapi saya nyatakan di sini, itu adalah jalan yang mustahil dan di hujungnya hanya ada kekecewaan. Kerana, rasa lemah adalah fitrah bagi mereka yang menjalani kehidupan.
Sepatutnya, kita melihat realiti. Dan mencari ‘bagaimanakah apabila disentuh kelemahan, kita mampu mencapai kekuatan’.
Di sinilah saya berkongsi. Memperingatkan diri sendiri yang ada kalanya juga disapa angin kelemahan.
Harapan untuk bangkit
Apakah yang ada pada orang-orang yang disapa kelemahan, untuk dijadikan harapan sebagai tenaga bangkit semula?
Pada saya, tiada harapan yang bersinar lebih terang di kala kegelapan, melainkan harapan yang dipancarkan oleh keimanan kita kepada Allah SWT.
Bagaimanakah keimanan kita?
Hubungan kita dengan Allah SWT?
Itulah dia harapan yang akan menyuluh jalan keluar di kala kelemahan.

Dia dan janji-janjiNya
Keimanan tadi akan menarik kita kembali kepada kesedaran. Namun keimanan tadi tidak akan terus melontarkan kita keluar dari kancah kelemahan. Keimanan hanyalah asas, sama hendak gunakannya untuk membina kekuatan, atau sekadar membiarkan.
Dengan keimanan, kita melihat janji-janji Allah SWT yang pasti.
“(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Dia tidak membenci.” Surah Ad-Dhuha ayat 3.
Keimanan itulah yang akan mengajak kita kembali melihat ke belakang, melihat hari-hari senang yang pernah kita lalui, lantas mewujudkan di hati kita persoalan: “Ketika itu, kala aku senang itu, siapakah yang memberi?”
“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam). Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?” Surah Asy-Syarh ayat 1-3.
Akhirnya keimanan itulah yang menyatakan bahawa: “Yang memberikan kita kesenangan itulah juga yang akan memberikan kita kesenangan sekali lagi selepas kelemahan ini.”
Tetapi persoalan selepas itu adalah terletak pada diri kita sendiri.
Usaha untuk mengeluarkan diri dari kelemahan.
Iman sudah menyediakan asas kekuatan.
Apakah kita hendak mengambil kekuatan itu dan bergerak mengeluarkan diri dari kelemahan?
Pastinya bukan sekelip mata
Ada orang mengidamkan fantasi. Kononnya selepas membaca sesuatu yang memotivasi, ketika itu juga terus keadaan berubah menjadi tenang seakan tiada kelemahan yang pernah terjadi.
Silap. Kesilapan inilah yang sering membuatkan manusia terperusuk lebih dalam ke arah kelemahan. Apabila dia melihat dia perlukan usaha, dan bersusah payah untuk keluar dari kelemahan, semangatnya luntur dan dia tidak akan mampu keluar.
Sedang realiti adalah, usaha itu diperlukan untuk keluar dari kelemahan. Bukan sekelip mata, tetapi perlukan tabah dan kecekalan untuk mengeluarkan diri daripadanya.
Sebab itu diperingatkan akan tidak berputus asa.
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Az-Zumar ayat 53.
Allah itu ada. Maka teruskan usaha.
Penutup: Bergerak atas keimanan. Itu kuncinya.
Benteng terakhir sebelum kita benar-benar tidak akan bangkit, adalah keimanan. Keimanan ibarat bateri yang menggerakkan manusia di atas muka bumi.
Kalau itu telah hilang dari diri, jangan cerita fasal kebangkitan mencapai kekuatan lagi.
Maka perhatikan semula keimanan kita. Hubungan kita dengan Allah SWT.

Itulah yang menjamin kelansungan kita, dalam perjalanan bangkit daripada kelemahan diri, kepada kekuatan sebagai hamba Ilahi.


SUMBER: LANGIT ILLAHI

Comments

amny.. said…
thnx 4 sharing....

nice entry..(^^)

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…