Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Motivasi | Kelemahan

Tiada siapa terlepas daripada perasaan ini. Ditambah pula, angin kesedihan akan wujud memeluk kita apabila kita berada dalam situasi ini, tambah melemahkan lagi diri kita yang telah sedia lemah ini. Orang selalu mencari jalan untuk ‘tidak disentuh langsung oleh kelemahan’. Tetapi saya nyatakan di sini, itu adalah jalan yang mustahil dan di hujungnya hanya ada kekecewaan. Kerana, rasa lemah adalah fitrah bagi mereka yang menjalani kehidupan. Sepatutnya, kita melihat realiti. Dan mencari ‘bagaimanakah apabila disentuh kelemahan, kita mampu mencapai kekuatan’. Di sinilah saya berkongsi. Memperingatkan diri sendiri yang ada kalanya juga disapa angin kelemahan.