Skip to main content

Motivasi: Benarkah Dunia Ini?


Lihatlah alam di sekeliling kita, sangat indah bukan? Tetapi, adakah ia benar? Adakah alam ini, persekitaran ini, sama seperti apa yang kita fikirkan? Apakah yang menghubungkan kita dengan persekitaran kita? Sudah tentu pancaindera.


Lazimnya, manusia dikurniakan dengan 5 jenis pancaindera, sebagai contoh, kita melihat keldai dengan mata, kita mendengar lagu arab dengan telinga, kita merasa panas dengan deria rasa, kita menghidu pahitnya ‘turshee’ dengan hidung, dan kita merasa keenakan tokmiyyah dengan lidah. Cuba kita fikirkan, sekiranya, kita tiada mata, tiada telinga, tiada lidah, tiada hidung, tiada kulit, apakah kita akan merasai dunia ini? Merasakah kita semua itu? Sama sekali tidak.




Jadi, apakah dunia ini sebenarnya? Dunia luar yang kita lalui setiap hari ialah kepercayaan kita terhadap apa yang terbentuk di OTAK kita, melalui isyarat elektrik. Sebagai contoh, kita melihat lampu berpendaflour yang bercahaya putih. Adakah itu benar lampu pendaflour yang bercahaya putih di dunia fizik? Mari kita lihat kembali; cahaya dari lampu tersebut mengaktifkan receptor cahaya (retina di dalam mata). Retina menerima rangsangan cahaya, dan menukarkannya kepada isyarat elektrik. Lalu, isyarat elektrik ini di bawa ke otak untuk ditafsirkan. Daripada tafsiran inilah kita memutuskan, dan kita percaya bahawa itu ialah lampu pendaflour bercahaya putih.



Maka boleh kita tafsirkan di sini, bahawa apa yang kita percayai dan lalui setiap hari, tidak lebih dan tidak bukan hanyalah imaginasi dari otak semata mata. Benarkah ia? Kita mengatakan ia berlampu, sedangkan di dalam otak ini tiada langsung sebarang cahaya, bahkan ia gelap gelita. Bagaimanakah lampu ini boleh dibuktikan benar kesahihannya? Ia hanyalah cetusan impuls! Begitu jugalah dengan pancaindera yang lain. Sains telah membuktikan, dan sebahagian saintis mengatakan, “manusia adalah sebuah imej, segala yang telah dilalui adalah bersifat sementara dan menipu, dan alam semesta ini hanyalah bayangan”.



Mengapakah kita percaya dengan dunia luar ini? Ini kerana, sejak lahir lagi, kita sudah dapat menyentuh, merasai, dan berlaku tindakbalas yang mengikut kepada persepsi kita, di mana persepsi ini juga hanyalah idea-idea yang bermain di dalam otak. Mari kita buktikan sekali lagi. Sebagai contoh, persepsi jarak, apabila kita melihat bintang yang berjarak berjuta-juta tahun cahaya jauhnya, itu hanyalah idea yang ada di dalam otak. Seperti yang diterangkan di atas, proses tafsiran yang sama berlaku. Jauhnya bintang berjuta-juta tahun cahaya itu hanyalah gambaran daripada otak kita yang tidaklah sebesar dan selebar mana.



Sebagai contoh lain, kita mendengar bunyi dari bilik lain. Bunyi yang kita sangka datang beberapa meter daripada kita dan perbualan seseorang yang hampir dengan kita, telah diterima di dalam pusat pendengaran (otak) yang hanya beberapa sentimeter persegi di dalam otak kita. Di antara ciri pusat persepsi ini ialah tidak terdapat konsep kanan, kiri, depan atau belakang. Ini bererti bunyi tidak datang kepada kita dari kanan, kiri, atau dari udara; tidak terdapat arah datangnya bunyi. Otak kita yang mentafsirkan dan memberikan makna kepada isyarat-isyarat yang kita anggap sebagai “dunia luar”. Kita melihat warna, apa yang tiba di mata hanyalah isyarat elektrik yang berbeza-beza gelombang.



Otak kitalah yang memberikan warna kepadanya. Tidak ada sebarang warna di dalam “dunia luar”. Samada langit biru atau pokok hijau. Semuanya berada seperti itu kerana kita menerimanya untuk menjadi sebegitu. “Dunia luar” bergantung sepenuhnya kepada penerima.



Sedikit kecacatan kepada retina menyebabkan kita mengalami rabun warna. Warna biru dilihat sebagi kuning, dan sebagainya. Di sini, bukankah warna itu bergantung sepenuhnya kepada kita, Penerima? Dengan kata lain, bukankah kita, Penerima yang memutuskan imej ‘dunia luar’ itu sendiri?



‘Dunia luar’ yang kita tafsirkan selama ini, hanyalah tafsiran impuls-impuls elektrik yang disampaikan kepada kita. ‘Dunia luar‘ sebenarnya ialah dunia yang digambarkan oleh otak kita. Di dalam hidup kita, isyarat-isyarat ini diproses oleh otak kita dan kita hidup tanpa menyedari bahawa kita telah tersalah apabila menganggap bahawa itu semua adalah visi-visi asal benda yang wujud di dalam “dunia luar”. Kita tersalah anggap kerana kita tidak dapat mencapai kebendaan itu sendiri melalui deria-deria kita.



Artikel ini lebih kepada untuk mengajak pembaca merenungnya kerdil dan lemahnya kita sebagai manusia. Sesungguhnya manusia amatlah kerdil, tidak langsung dapat mencapai ‘Dunia luar’ atau ‘Dunia fizik’ yang sebenar sedangkan kuasa Allah dan ilmu Allah itu Maha Luas.



Sumber: Laman Web ISMA Mesir

Comments

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…