Skip to main content

Motivasi: Perihal hati kita??

~Assalamualaikum W.B.T..pada pagi yang indah dan segar nii saya terbaca artikel nii..dan memberikan motivasi kepada diri saya sendiri yang kadangkala lalai dan leka.Artikel ini berjaya menyedarkan kembali akan pentingnya kita menjaga hati..actually peringatan buat diri saya sendiri..selamat membaca!

Bila disebut tentang hati dan perasaan, perkara yang terlintas difikiran kita selalunya adalah kisah cinta antara dua insan. Kisah-kisah cinta seperti Adam dan Hawa, Laila dan Majnun, Shah Jehan dan isterinya serta pelbagai lagi kisah cinta sentiasa diperkatakan masyarakat. Tidak dinafikan, cinta antara suami isteri adalah suatu perhubungan yang indah dan diredhai Allah swt, serta menjadi bukti kekuasaan Allah, seperti disebut dalam Al-Quran, Surah Ar-Rum, ayat 21.


“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” [Surah Ar-Rum, 30:21]




Akan tetapi kuasa hati adalah jauh lebih hebat dari itu, kerana hati membentuk siapakah diri kita, dan apa yang ada di dalam hati kita hanya diketahui oleh Allah SWT dan diri kita sendiri. Hati merupakan tempat dimana kita dapat merasakan hubungan dengan Allah SWT, dan juga makhlukNya yang lain, seperti manusia, haiwan, alam, dan sebagainya. Seperti yang disebut dalam Al-Quran, hati orang yang beriman akan sentiasa tenang dan tergambar diwajahnya kasih sayang yang melimpah ruah.


Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi; dan Ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.” [Surah At-Tagabun 64: 4]



“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, Allah yang Maha Pengasih akan menanamkan bagi mereka perasaan kasih sayang (dalam hati mereka).” [Surah Maryam 19: 96]



Selain daripada akal, hatilah yang menentukan baik buruk sesuatu perkara yang kita lakukan. Disinilah dimana justifikasi perbuatan dipengaruhi oleh iman. Akal, hati dan iman merupakan satu tautan yang tidak dapat dipisahkan, satu correlation yang berkadar terus dengan perbuatan dan amal kita. Jika kita bayangkan satu segitiga yang menghubungkan unsur-unsur ini, iaitu hati, iman, dan akal, yang sentiasa berkait antara satu sama lain, dan hasilnya akan membuahkan perbuatan kita. Ianya turut dikenali sebagai akhlak. Jika tinggi iman kita, maka ia akan menghasilkan amal, dan sebaliknya, jika rendah iman kita, ia akan menghasilkan kejahatan.




“Orang-orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana mengingat Tuhan. Ingatlah, bahwa dengan mengingat Tuhan itu, hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, mereka memperoleh untung baik dan tempat kembali yang utama.” [Ar-Ra’du ayat 28-29]





Ayat ini menunjukkan bahawa jika kita sentiasa mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenteram, akan tetapi sebaliknya akan berlaku jika iman kita lemah. Kita akan merasa resah gelisah dan tidak tenang. Masihkan kita ingat pepatah Melayu yang berbunyi ‘Ikut hati mati, ikut nafsu lesu’? Hati itu digambarkan sebagai satu perkara yang akan membawa kita ke arah kejahatan. Dalam keadaan masyarakat zaman sekarang, dan persekitaran yang tidak soleh, kita akan mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan kejahatan. Syaitan tidak akan putus-putus menggoda kita untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan perintah Allah SWT dan syaitan akan melakukannya melalui pelbagai jalan, jalan kejahatan mahupun jalan kebaikan. Syaitan akan bermain-main dengan nafsu kita, menimbulkan rasa was-was, ataupun membuat kita rasa riak dan ujub dengan kebaikan yang kita lakukan.



Nampakkah keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.” [Al-Furqan: 43-44]




Walaupun sedemikian, disinilah terletaknya mujahadah kita. Kita hendaklah meletakkan kebergantungan hanya pada Allah, dan sentiasa berusaha untuk membaiki hati dan meningkatkan iman. Hidayah dan petunjuk dari Allah itu hendaklah dicari dan diusahakan, berbanyaklah berdoa dan muhasabah diri, kerana kitalah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah tidak akan rugi sedikit pun jika kita tidak beriman.



Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah (petunjuk) kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu (agama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, kepada orang-orang yang menerima peringatan.” [al-An'aam: 125-126]



Dalam hadith riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Syaibah, Aisya ra., berkata,

“Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.’ Aku pernah bertanya, ‘Ya Rasulullah, kenapa Anda sering berdoa dengan menggunakan doa seperti itu? Apakah Anda sedang marasa ketakutan?’ Beliau menjawab, ‘Tidak ada yang membuatku merasa aman, hai Aisyah. Hati seluruh hamba ini berada di antara dua jari Allah Yang Maha Memaksa. Jika mau membalikkan hati seorang hamba-Nya, Allah tinggal membalikkannya begitu saja.’”





Marilah kita sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT, marilah kita menuju ketakwaan, dengan bermu’ahadah (perjanjian dengan Allah), bermuqarabah (mengingati Allah), bermuhasabah (refleksi diri), bermu’aqabah (deraan jika bersalah), dan bermujahadah (berjuang), insyaAllah kita akan bersama-sama menuju Mardhatillah, keredhaan Allah. “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri.”



Heart is like a drop of dew and petals of rose –anonymous-



Oleh: Noor Ruzaini Adam

Penolong Setiausaha ISMA New Zealand

Sumber: Laman Web ISMA-New Zealand

Comments

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…