Skip to main content

Motivasi: Golongan Manusia Yang Mencari Ilmu

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya " Sesiapa yang menuntut ilmu dengan maksud untuk bersaing dengan para ulama atau untuk mujadalah dengan orang orang yang jahil atau untuk mengambil perhatian manusia, ia akan masuk neraka. 
Dan barang siapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah amalannya dia akan bertambah jauh dari Allah."


Salaam sahabat sahabat muslimin dan muslimat sekalian.
Saya baru dapat satu ilmu dari seorang guru dan ingin berkongsi bersama.


Kata nya dalam masyarakat Islam ada 7 golongan manusia dalam menuntut ilmu.
  1. Orang yang menuntut dan mencari ilmu kerana ilmu semata mata.Dia seronok, mabuk dan asyik dengan ilmu.Mabuk ilmu hingga yang ada tidak mahu kahwin kahwin, kerana katanya belum puas belajar.Ini adalah golongan yang mabuk ilmu.
  2. Orang yang mencari ilmu kerana bercita hendak dapat jawatan tinggi saperti mufti dan bergaji besar.Dengan ilmu juga dia boleh berniaga dan jadi kaya dan mendapat banyak harta.Ini lah golongan yang menggunakan ilmu untuk meraih kekayaan.
  3. Ada orang mencari ilmu kerana bercita cita menjadi pemimpin.Seorang yang jadi pemimpin mesti berilmu.Ini adalah golongan yang menggunakan ilmu untuk menjadi pemimpin.
  4. Ada juga orang yang mencari ilmu kerana hendak kan glamour.Agar orang kata dia intelek.Inilah golongan ahli ilmu yang tujuan nya hendak dapat nama.
  5. Ada orang belajar ilmu kerana hendak keluar daripada kejahilan dan kebodohan.Agar dia tidak di pandang hina.Inilah golongan yang mendapatkan ilmu supaya diri tidak terhina.
  6. Ada orang menuntut ilmu kerana ingin membangun dan maju demi kedaulatan dan kemegahan bangsa dan negara.Agar jangan bangsa nya mundur dan terhina.Ini lah golongan ilmuan yang berfahaman nasionalisme.
  7. Ada orang yang menuntut ilmu kerana perintah Allah.Juga dengan tujuan agar dapat amal ilmu supaya boleh mengabdikan dan mendekatkan diri kepada Allah.Golongan ini menggunakan ilmu untuk membangunkan Islam dalam berbagai bagai aspek saperti ekonomi, pertanian, bangunan, sekolah, jalan raya, pembangunan insan dan lain lain.Ini adalah dengan tujuan agar dapat melindungi iman, memperkuatkan syariat, membesarkan syiar Islam dan mendaulatkan hukum hukum Tuhan.Ini lah dia golongan ilmuan yang bertaqwa.

Kita umat Islam dalam menuntut Ilmu biarlah menjadi golongan yang ke-7 ya itu mencari ilmu kerana Allah Taala.Kalau belajar bukan kerana Allah maka rugi lah, kerana mungkin untung di dunia tetapi rugi di akhirat saperti yang di nyatakan di dalam Hadis yang di tulis di awal tulisan ini.Wal'iyazubillah!

Comments

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…