Skip to main content

Motivasi: Ketika dilanda kegelisahan




Dalam kehidupan, tidak ada manusia yang akan aman dari masalah. Kanak-kanak, remaja, orang dewasa, orang tua, apatah lagi jika menjawat jawatan sebagai ibu bapa ditambah dengan beban kerja di pejabat. Begitu juga jika terlibat dengan urusan-urusan dakwah, hidup tidak akan pernah sunyi dari cabaran dan dugaan. Kecil, besar semuanya akan diuji mengikut tahap kemampuan masing-masing.
Ketika merasa resah gelisah, ditimpa pelbagai masalah hingga stress, amalkanlah doa ini dengan penuh penghayatan, kerana hanya Dialah yang mampu memberi ketenangan kepada hati-hati manusia.

Doa ini membicarakan tentang sifat-sifat yang ada dalam diri manusia dan punca-punca besar yang menyebabkan manusia ditimpa stress.
Rasa sedih adalah satu perasaan yang kita rasai tatkala musibah melanda. Tidak kira sama ada musibah itu adalah musibah kehilangan jiwa atau kehilangan harta. Rasa gelisah pula adalah kerisauan kita terhadap sesuatu yang belum terjadi, sebagai contoh, gelisah ketika ingin menduduki peperiksaan, gelisah menunggu keputusan peperiksaan, gelisah sebelum temuduga pekerjaan dan mungkin gelisah ketika sebelum akad nikah!

Sifat pengecut adalah sifat yang menghalang kita dari maju ke hadapan akibat ketakutan kita terhadap perkara-perkara tertentu dalam hidup. Contohnya takut untuk memperkatakan kebenaran dan menegur kemungkaran, takut untuk berhijrah demi kebaikan dan mungkin takut hantu juga!

Sifat bakhil pula adalah satu sifat yang menjadikan kita manusia yang meletakkan kepentingan diri melebihi segala-galanya. Bakhil untuk bersedekah kerana takut wang simpanan akan susut, bakhil untuk membantu rakan-rakan yang dalam kesusahan, walaupun hanya dengan menghulurkan tangan dan memberikan senyuman yang manis.
Manusia juga akan berada di dalam stress apabila berada dalam cengkaman hutang yang seolahnya tiada hujung pangkal. Selepas tamat pengajian telah berhutang dengan PTPTN, kemudian ditambah dengan hutang perkahwinan dengan biro angkasa, ditambah dengan hutang kad kredit, kereta dan rumah. Hutang-hutang yang bertimbun ini boleh menyesakkan nafas sesiapa sahaja yang menanggungnya.

Manakala akhir sekali adalah ancaman penindasan dari manusia lain. Sama ada ditindas di pejabat atau ditindas oleh pemerintah atau ditindas oleh kuasa-kuasa besar yang mengancam kedaulatan negara. Manusia tidak akan tenang apabila mengetahui dirinya sentiasa di bawah cengkaman manusia-manusia yang zalim.
Maha suci Allah, hanya Dia yang mengetahui segala yang terbuku di hati manusia, zahir dan batin. Ketika harapan seakan telah padam, maka hanya kepada Dia kita memohon pergantungan, tatkala tiada manusia yang mahu mendengar rintihan, Allah sentiasa cinta kepada doa hamba-hambaNya yang tulus dari hati yang ikhlas dan penuh pengharapan.

Amalkanlah doa ini dalam kehidupan, moga kehidupan kita akan lebih tenang dan bahagia, walau apa jua badai yang melanda.
Kerana daripadaNya jua sumber kesejahteraan bagi setiap manusia.

Oleh: Mohd Hisham Mohd Sharif,
ISMA Kedah
Sumber: Blog ISMA Kedah


~memang dilanda stres..huhu moga sgala prmasalahan dpt diselesaikan segera...

Comments

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…