Skip to main content

Biarlah seperti buah getah??..


Kehidupan yang dilalui memang begitu penuh dengan simpang siurnya. Ia melanda semua insan dalam setiap ruang, masa, dan keadaan. Baik ketika kamu muda atau tua.
Dan kehidupan ini penuh dengan keputusan. Penuh pula dengan pilihan yang menjadi intipati kepada keputusan. Nilaian orang berbeza, mungkin kerana objektif yang berbeda, mungkin juga latar belakang yang berbeza. Boleh juga keadaan ketika membuat keputusan itu juga berbeza. Maka, kita melihat barangkali keputusan yang dibuat oleh seseorang tidak selari dengan apa yang kita putuskan.

Namun, realitinya, manusia akan mengambil segala pertimbangan. Begitu halnya dengan seorang jurutera, mengambil kira semua factor-faktor keselamatan dengan pertimbangan melalui perkiraan yang dibuat. Begitu juga halnya seorang pemimpin, ianya mengambil kira pertimbangan daripada rakyat jika tidak pun orang kanannya.
Bagaimana mengambil keputusan yang paling baik? Adakah memerlukan kepandaian dalam decision solving. Saya masih teringat semasa belajar di tahun kedua, ada seorang sahabat, dia mengambil subjek “problem solving”. Adakah ia praktikal untuk kehidupan. Mungkin ya atau tidak.
Namun yang pasti, keputusan dibuat dengan mengetahui hakikat sesuatu keadaan. Apa itu hakikat? Hakikat adalah keadaan sebenar ataupun natijah yang berlaku pada sesuatu keadaan itu.

Jika dulu, ibu saya melarang saya untuk bermain api kerana dia amat faham dengan hakikat jika bermain dengan api akan membawa kepada rumah terbakar. Jika dulu abah saya melarang saya untuk mengambil dadah kerana ia tahu hakikat orang yang mengambil dadah itu.

Kita akui, pengalaman akan menyebabkan kita mengenali hakikat kehidupan ini. Tetapi siapakah yang lebih mengetahui hakikat kehidupan ini? Jelas sekali, jawapannya adalah pencipta kita yang esa Allah SWT.
Bagaikan seorang pelukis abstrak, Leonardo Da Vinci, melukis atau menghasilkan karya agung Mona Lisa, ia mengetahui segala hakikat tentang Mona Lisa itu. Begitu juga Allah, ia mengetahui hakikat hidup di dunia ini. Namun apa perbezaannya?
Pernahkah kita terfikir, bahawa Allah itu maha Adil dengan memberikan kita petunjuk agung Al-Quran kerana ia tahu hakikat dunia ini. Ia tahu perjalanan dan sunatullah alam ini. Ia memberikan kita kitab petunjuk supaya kita tahu apa hakikat hidup kita ini. Ia turunkan pula contoh ikutan Nabi Muhammad SAW sebagai penjelasan kepada kitab suci.

Maka berpegang teguhlah kamu kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Ia tidak akan menyesatkan kamu. Dan belajarlah mendampingi ahli ilmu ataupun orang soleh, supaya manfaat ilmu dapat diperolehi agar kita dapat menjadi buah getah yang keras yakni yakin dalam membuat keputusan yang diredhai.

ISMA AUSTRALIA

~sememangnya sesuai utk situasi skrang..bru ada motivasi!!yeh!

Comments

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…