Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Biarlah seperti buah getah??..

Kehidupan yang dilalui memang begitu penuh dengan simpang siurnya. Ia melanda semua insan dalam setiap ruang, masa, dan keadaan. Baik ketika kamu muda atau tua.
Dan kehidupan ini penuh dengan keputusan. Penuh pula dengan pilihan yang menjadi intipati kepada keputusan. Nilaian orang berbeza, mungkin kerana objektif yang berbeda, mungkin juga latar belakang yang berbeza. Boleh juga keadaan ketika membuat keputusan itu juga berbeza. Maka, kita melihat barangkali keputusan yang dibuat oleh seseorang tidak selari dengan apa yang kita putuskan.

Namun, realitinya, manusia akan mengambil segala pertimbangan. Begitu halnya dengan seorang jurutera, mengambil kira semua factor-faktor keselamatan dengan pertimbangan melalui perkiraan yang dibuat. Begitu juga halnya seorang pemimpin, ianya mengambil kira pertimbangan daripada rakyat jika tidak pun orang kanannya.
Bagaimana mengambil keputusan yang paling baik? Adakah memerlukan kepandaian dalam decision solving. Saya masih teringat semasa belaja…

Motivasi: Ketika dilanda kegelisahan

Dalam kehidupan, tidak ada manusia yang akan aman dari masalah. Kanak-kanak, remaja, orang dewasa, orang tua, apatah lagi jika menjawat jawatan sebagai ibu bapa ditambah dengan beban kerja di pejabat. Begitu juga jika terlibat dengan urusan-urusan dakwah, hidup tidak akan pernah sunyi dari cabaran dan dugaan. Kecil, besar semuanya akan diuji mengikut tahap kemampuan masing-masing.
Ketika merasa resah gelisah, ditimpa pelbagai masalah hingga stress, amalkanlah doa ini dengan penuh penghayatan, kerana hanya Dialah yang mampu memberi ketenangan kepada hati-hati manusia.

Doa ini membicarakan tentang sifat-sifat yang ada dalam diri manusia dan punca-punca besar yang menyebabkan manusia ditimpa stress.
Rasa sedih adalah satu perasaan yang kita rasai tatkala musibah melanda. Tidak kira sama ada musibah itu adalah musibah kehilangan jiwa atau kehilangan harta. Rasa gelisah pula adalah kerisauan kita terhadap sesuatu yang belum terjadi, sebagai contoh, gelisah ketika ingin menduduki peperiksa…

Motivasi: Ujian adalah tarbiyyah dari Allah

Dalam kehidupan seharian manusia tidak sesekali terlepas daripada kesusahan hidup. Hanya bagi mereka yang selalu bersabar akan menempuhi segala kesusaha hidup ini dengan tenang dan yakin segala kesusahan ini ada hikmah sebaliknya. Mereka yakin bahawa setiap liku kehidupan ini jika dilalui dengan sifat-sifat sabar, Allah S.W.T akan membalasnya dengan seribu kali kesenangan dan maka terimalah berita-berita gembira bagi orang-orang yang selalu bersabar seperti mana firaman Allah yang bemaksud:

“Demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.” ( Al-Baqarah, ayat 155)
Hakikatnya manusia sentiasa diuji Allah SWT untuk melihat sejauh mana keimanan dan keyakinan mereka kepada-Nya. Apakah kita ini seorang yang bersikap sabar dan cekal hatinya atau mudah goyah imannya apabila diuji dengan pelbagai dugaan di dunia yg sementara ini…