Skip to main content

Wajib Berdakwah Walaupun Diri Tidak Sempurna

- Foto disebelah kanan anda ialan as- Syeikh Hasan an-Nadwi


Ramai orang mengetahui bahawa tugas berdakwah adalah wajib bagi setiap individu.Walaubagaimanapun,ramai yang tidak mahu melibatkan diri dengan aktiviti dakwah disebabkan beberapa kekeliruan.Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah.Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam,tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana merasakan amalannya masih belum cukup mantap dan dirinya diselimuti dengan banyak kelemahan.

Berhubung dengan isu ini,Imam Said Bin Jubir berkata,

" Jika seseorang tidak mengajak kepada makruf, dan mencegah kemunkaran, sehingga keadaan dirinya sempurna,maka tidak akan ada orang yang mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran."
Imam Malik bersetuju dengan pendapat yang disampaikan oleh Imam Said bin Jubir ini,dan sebagai tanda sokongannya beliau menambah:

"Dan siapakah diantara kita yang lengkap dan sempurna?"

Sebahagian umat Islam tidak mahu berdakwah kerana merasakan dirinya belum mengamalkan segala ilmu yang sudah diketahui.Mereka juga khuatir tidak dapat melaksanakan perkara yang diseru.Berhubung dengan ini,Imam al-Hasan berkata: " Siapakah diantara kita yang melaksanakan perkara yang diserukannya?syaitan amat menyukai manusia yang terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak akan ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemunkaran.

Secara dasarnya,kewajipan berdakwahdituntut keatas setiap individu yang mukalaf dan berdaya.Syarat berdaya dan mampu perlu difahami dengan betul.Hakikatnya Islam mengakui tahap kemampuan setiap individu adalah berbeza.

Justeru,Nabi bersabda:

" Barang siapa diantara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan tangannya.Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak berdaya juga hendaklah mencegah dengan hatinya,dan mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman."

Hadis Riwayat Imam Muslim.


Berhubung dengan mencegah kemunkaran,kadar minimum yang dituntut adalah mengingkarinya dengan hati.Di dalam Kitab Dalil al-Falihin disebutkan: Mencegah kemunkaran, dengan hati bermaksud membencinya dengan hati disertai dengan azam untuk mencegahnya dengan lisan ataupun perbuatan apabila dia mampu.Membenci maksiat dengan hati, hukumnya adalah wajib keatas setiap invidu dan sesiapa yang menyetujui suatu kemunkaran bererti dia bersekongkol dengannya.

Iman memerlukan bukti dan salah satu buktinya adalah membenci maksiat.Tanpanya,iman akan berkecai di dalam hati seseorang.Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Nabi berhubung dengan perkara ini yang bermaksud: (Jika hati seseoarang tidak membenci kemungkaran),tidak akan ada iman selepas itu walaupun sebesar biji sawi.

Hati yang tidak membenci kemungkaran akan binasa.Secara dasarnya,pengabaian dalam melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar mengundang azab dan seksaan Allah S.W.T.Berhubung dengan ini,dalam Surah al-Anfal ayat 25,Allah S.W.T berfirman,


"Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa keatas mereka yang zalim dan kalangan kamu sahaja.Dan ketahuilah bahawa Allah maha keras seksaanNya."


Ayat ini disokong beberapa Hadis Nabi,yang antaranya diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud: Zainab binti Jahsy," Adakah kita akan dimusnahkan sedangkan golongan yang soleh masih ada dikalangan kita?Nabi menjawab,:Ya,apabila kekejian berleluasa."

Persiapan Pendakwah Ilmu adalah asas bagi segala kebaikan.Ilmu-ilmu teras Fardhu Ain wajib dipelajari oleh setiap individu yang berdakwah,dan ini perlu diperkukuhkan dengan ilmu-ilmu yang kotemporari yang selari dengan ajaran Islam.Penguasaan ilmu perlukan pengorbanan serta keazaman yang tinggi dan untuk itu,kerja-kerja yang tidak berfaedah haruslah ditinggalkan.

Antara sifat-sifat mukmin yang berjaya adalah mereka menjauhi perbuatan dan perkataan yang lagha.Istilah lagha mempunyai maksud yang tertentu.Imam Ibn Khatir mentafsirkan sebagai,segala perbuatan yang batil,termasuk yang mempunyai unsur-unsur syirik,maksiat serta segaala perbuatan yang tidak berfaedah sama ada dalam bentuk perbuatan mahupun perkataan.

Membuang masa dan melakukan perbuatan yang tidak berfaedah merupakan faktor kejatuhan umat Islam sebelum ini.Hal ini disebut oleh as-Syeikh Hasan an-Nadwi di dalam bukunya:Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Islam.Beliau berkata: Tetapi sayang sekali,kaum Muslimin tidak mensyukuri nikmat Allah.Selama berabad-abad lamanya umat Islam membuang waktu dan tenaga berfikir dan berfalsafah berhubung perkara yang tidak bermanfaat.Andaikata mereka memfokuskan kepada hal yang menguntungkan Islam,dan kaum Muslimin,kedudukan mereka tidak akan jadi separah ini.Umat Islam bukan sahaja asyik membahaskan tentan sifat-sifat Allah,mereka juga asyik berbicara tentang roh,falsafah wihdatul wujud dan sebagainya.Semua ini memakan masa dan tenaga yang bukan sedikit.Hasil penemuan kaum Muslimin sama ada dari sudut kuantiti dan kualitinya tidak mendatangkan apa-apa makna,dibandingkan dengan penemuan Barat pada abad ketujuh belas Masihi dan kelapan belas Masihi.Apabila umat menyibukkan diri dengan perkara yang tidak berfaedah,kewajipan penting terabai dan keutamaan terbabas.Hasilnya adalah kejahilan dan kemunduran.Justeru sudah sampai masanya bagi Umat Islam memfokuskan pada ilmu2 penting demi masa depan Umat yang gilang-gemilang.

Info dari Laman Web Halaqah:
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=164.0


Comments

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…