Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

Wajib Berdakwah Walaupun Diri Tidak Sempurna

- Foto disebelah kanan anda ialan as- Syeikh Hasan an-Nadwi


Ramai orang mengetahui bahawa tugas berdakwah adalah wajib bagi setiap individu.Walaubagaimanapun,ramai yang tidak mahu melibatkan diri dengan aktiviti dakwah disebabkan beberapa kekeliruan.Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah.Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam,tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana merasakan amalannya masih belum cukup mantap dan dirinya diselimuti dengan banyak kelemahan.

Berhubung dengan isu ini,Imam Said Bin Jubir berkata,

" Jika seseorang tidak mengajak kepada makruf, dan mencegah kemunkaran, sehingga keadaan dirinya sempurna,maka tidak akan ada orang yang mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran."
Imam Malik bersetuju dengan pendapat yang disampaikan oleh Imam Said bin Jubir ini,dan sebagai tanda sokongannya beliau menambah:

"Dan siapakah diantara kita yang lengkap dan sempurna?"