Skip to main content

MAAL HIJRAH:Suntikan Untuk Keunggulan Umat








Pada awal abad ke-7 Masihi,masyarakat dunia berada di pintu kehancuran.Kuasa dunia pada abad tersebut yang terdiri daripada Kerajaan Empayar Rom (509SM-453M) dan Kerajaan Empayar Farsi (700SM-641M) telah menjunam jatuh akibat rebutan kuasa dan perpecahan di sana sini.Masyarakat Arab yang menghuni Semenanjung Tanah Arab lebih teruk mengalami keruntuhan akibat keruntuhan moral dan sifat taksub kepada kabilah dan puak.Dunia dalam bahaya kerana keadaan masyarakat yang tidak stabil lantaran kehilangan tonggak pegangan dan moral.

Allah S.W.T Maha Adil dan Maha Penyayang kerana tidak terus membiarkan manusia terus hancur dan musnah.Allah S.W.T mengutuskan rasulNya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W



Dalam mengimbau semula peristiwa tersebut,Allah S.W.T menjelaskan dalam firmanNya yg bermaksud:



"Dan berpegang teguhlah pada Tali Allah (Agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai,dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu,ketika kamu bermusuh-musuhan (ketika zaman Jahilliyah) lalu Allah menyatukan hati kamu (hingga kamu bersatu-padu dgn nikmat Islam) ,maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (akibat kekufuran) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam).Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu melalui ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya."


-SURAH ALI-IMRAN:103



Ayat tersebut antara lain menjelaskan bahawa keadaan manusia yang hampir-hampir rosak binasa dan akan menerima akibat yg lebih teruk di akhirat, telah diselamatkan dengan pengutusan Rasul untuk memandu mereka ke jalan yg benar dan akhirnya mereka terselamat.



Bagi mengubah masyarakat,Rasullullah S.A.W berhempas-pulas mengorbankan segala apa yg ada,begitu juga dengan sahabat-sahabat baginda yg setia.Setelah 23 tahun usaha baginda itu,akhirnya berjaya mencapai matlamatnya iaitu untuk menyelamatkan manusia dari kebinasaan dan kehancuraan.



Rasullullah S.A.W dan para sahabat RA berjaya mengubah masyarakat dari segi kepercayaan,sikap,moral,cara berfikir dan segala-galanya termasuk perubahan pengorbanan sesama manusia kepada pengorbanan yang tertumpu kepada Allah S.W.T.Masyarakat manusia berjaya diselamatkan daripada dua keadaan yg sangat jauh berbeza.






Dalam menyusuri perkembangan sejarah,selepas menghadapi kejayaan kali pertama, maka masyarakat Islam mengharungi jatuh bangun dalam pentas pergolakan dunia dan ia berkait rapat dengan komitmen masyarakat Islam terhadap agama Islam yg suci.Era kemalapan Islam kali terakhir berlaku pada awal abad ke-20.Sejak kejatuhan Khalifah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924 masyarakat Islam semakin terumbang-ambing di gelanggang dunia.Kini umat Islam masuk ke era kelemahan dan keruntuhan yg menyeluruh.Masyarakat Islam yg berpecah-pecah berdasarkan kawasan dan negara menjadi sebuah masyarakat yg dicabar dan dihina di mana-mana.Menjelang abad ke-21,masyarakat Islam diganyang di merata-rata tempat seperti di Yogoslavia,Kosovo,Iraq,Palestin dan diseluruh pelosok dunia.



Apa yang berlaku sekarang adalah jelas seperti mana yg diceritakan dalam sebuah hadith
Riwayat Abu Daud yg bermaksud:



"Hampir-hampir seluruh umat mengelilingi kamu sepertimana orang2 yg kelaparan yg mengelilingi hidangan mereka.Ada yg bertanya "Adakakah itu disebabkan bilangan kita yg kurang?Nabi Muhammad S.A.W menjwab:Bilangan kamu ketika itu ramai seperti buih.Allah mencabut hati seteru kamu persaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.Ada yg bertanya:"Apa al-wahn itu wahai Rasullulah?"Jawab Baginda: "Cintakan dunia,dan bencikan mati"





Ada bermacam-macam jawapan apabila ditanya mengenai sebab-sebab kelemahan Islam.Ada yang berpendapat,kerana kelemahan ekonomi,pendidikan dan pencapaian ilmu ataupun kelemahan dalam sains dan teknologi.Ada juga yg mengatakan kerana lemah iman dan kerana tidak mengikut landasan agama dan sebagainya.




Namun berdasarkan hadith itu tadi jelas mengatakan bahawa punca kelemahan masyarakat Islam kini adalah disebabkan hilangnya semangat berkorban dalam diri mereka.Umat Islam sudah tidak sanggup berkorban untuk tidak cinntakan dunia atau berkorban utk tdak takut mati.Mereka sanggup mencintakan dunia sehingga membelakangkan kepentingan agama.Mereka juga takutkan mati apabila dituntut oleh agama untuk bangun memperjuangkan sesuatu kebenaran.Inilah sifat-sifat negatif yang menjangkiti umat Islam.


Roh Ma'al Hijrah memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berhijrah daripada bentuk negatif yang ada dalam diri mereka kepada bentuk yang positif selaras dengan tuntutan Islam.Berkorban ataupun jihad perlu disemai dalam jiwa masyarakat Islam sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap.




Masyarakat Islam kini agak jauh terpesong daripada landasan agamanya.Sebagai contoh,walaupun agama Islam menuntut umatnya agar menuntut ilmu,tetapi kenyataan yang ada,sehingga kini sebahagian besar masyarakat Islam adalah buta huruf.Islam juga menuntut umatnya bersatu padu,namun realitinya kini,umat Islam adalah paling banyak yang berpecah belah.Demikianlah juga,Islam menuntut umatnya supaya rajin,berdisiplin dan menjaga masa,tetapi hakikatnya umat Islam lah yang kurang berusaha,tidak berperaturan dan suka membuang masa.





Jika dilihat daripada dasar2 ajaran Islam itu sendiri,peluang untuk orang Islam untuk maju dalam dunia pada masa kini amatlah cerah.Ini kerana umat Islam mempunyai aset yang mencukupi dalam rangka untuk menempah kemajuan iaitu dorongan dari ajaran Islam dan aset material.Ajaran Islam menuntut umat Islam agar membentuk kekuatan dan kemuliaan.Ajaran Islam juga sangat mementingkan akhlak mulia dan pegangan hidup yg mantap.Islam mewajibkan umatnya agar menjalani hidup dengan bersih,ikhlas dan amanah.





Disamping itu,umat Islam memiliki aset material yg tidak ada pada golongan kuffar seperti petroleum,gas asli,sumber hutan,bahan makanan,bilangan penganut yg ramai dan banyak lagi sumber kekuatan umat yg menjadi rebutan dan eksploitasi oleh golongan kuffar.Dengan adanya aset-aset tersebut dan manfaat darinya maka tidak mustahil bagi umat Islam untuk mengembalikan kembali masyarakat yg kuat dan maju seperti era kegemilangan Islam suatu ketika dahulu.





Perpindahan Rasullullah S.A.W dan para sahabat RA dari Kota Mekah ke Madinah dan sebelumnya perpindahan sahabat dari Mekah ke Habsyah merupakan pembinaan langkah baru sebagai menghadapi persiapan menghadapi cabaran yg bakal tiba secara terus-menerus.




Hijrah bukanlah asing bagi Islam,malah ia adalah sebahagian daripada Islam.Hijrah kerana menuntut ilmu,mencari kebenaran,berjihad, berdakwah,mencari nafkah,kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah adalah tuntutan dan ajaran yang menjadi asas bagi agama Islam itu sendiri.




Untuk terus maju dan mencapai kejayaan,umat Islam tidak boleh berpeluk tubuh dan hanya menyerah kepada takdir.Umat Islam terdahulu telah berjihad berhabis-habisan maka dengan sebab itulah mereka berjaya meletakkan Islam di tempat yg mulia dan sepatutnya.Kini giliran kita untuk memberi sumbangan kepada agama yg suci ini agar ia terus berkembang dan dihormati.Sesungguhnya bumi ini dan setiap yg ada padanya adalah hak kepunyaan umat Islam.Di tangan orang Islam lah selayaknya ia ditadbirkan.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan demi sesungguhnya,Kami telah tulis dalam kitab-kitab yang Kami
turunkan sesudah ada tulisannya dalam Luh Mahfuz,bahawasaya bumi ini akan ditadbir
oleh hamba-hambaku yang soleh."

-Suran Al-Anbiya': 105

Bagi melepaskan diri dari kongkongan kelemahan dan kehinaan,maka umat Islam harus melihat hijrah dalam pengertiannya yg luas iaitu perubahan diri yg menuju ke arah kegemilangan di dunia dan di akhirat.Untuk itu,maka langkah yg perlu diatur,mestilah mengandungi kefahaman yang jelas dan gerak kerja yg betul dan teratur.




Masyarakat Islam yg kian pudar dan kian hilang kekuatan,tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.Masyarakat Islam pada hakikatnya mempunyai aset dan sumber kekuatan yg perlu digerakkan dan dimanfaatkan demi kemajuan dan kemuliaan ummat.Kita mampu berbuat demikian,jikalau kita mahu,kerana segala bekalan sudah tersedia.Sesungguhnya Ma'al Hijrah merupakan titik tolak yang agak sesuai kearah itu.




~Sumber: http://www.islam.gov.my/ 1 Disember 2000

~Editor: PRO JAKIM Zakiria Othman



"Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1431H" kepada Muslimin dan Muslimat.
Wassalam..

Comments

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…