Tuesday, November 24, 2009

Qudwah kepada Remaja Islam






Tidak dapat disangkal lagi bahawa peranan remaja begitu besar sekali dalam Islam.Malah,kebanyakan gerakan perubahan dalam sejarah umat sebahagian besarnya daripada peranan remaja.



Siapakah golongan yang digelar "as-Sabiqun"dalam Islam?Siapa pula generasi terbaik dalam kalangan manusia?Sabda Rasullulah S.A.W:


"Sebaik-baik manusia adalah manusia yg sezaman denganku,kemudian mereka yg hidup sezaman dengan para sahabat,kemudian mereka yg hidup sezaman dengan generasi tabien.."


Mari kita kenali remaja yg menjadi penggerak Islam suatu ketika dahulu:

(1) Zubair al-Awwam bin alA'wam RA


Beliau diberi gelaran hawari Rasullullah S.A.W dan turut digelar Farisul Islam.Beliau memeluk Islam ketika berumur 15 tahun iaitu sebaya dengan pelajar Ting 3.Adakah pelajar Ting3 kini berfikir,bermimpi dan berusaha seperti Zubair?


(2) Talhah bin Ubaidullah RA


Diantara anggota kumpulan asasi Jamaah Islam yg baru lahir di Kota Mekah,seorang tokoh da'ei,seorang pahlawan yg mahir,dan sangat dermawan.Rasullullah menggelarnya "Talha al-Khair" .Beliau memeluk Islam ketika berusia 16 tahun.



(3) Saad bin Abi Waqas RA


Beliau merupakan seorang sahabat yang besar dan merupakan orang pertama darahnya yang mengalir kerana Islam.Belia juga merupakan satu-satunya sahabat yg ditebus Rasullullah dengan kedua-dua ibubapanya,ketika mana Rasullullah berkata dalam peperangan Uhud: "irmi Saad fida'ka abi wa ummi",maksudnya:Wahai Saad panah,ganti kamu,bapa dan ibuku.."diriwayatkan oleh Imam at-Tarmizi.Beliau memeluk Islam ketika berusia 17 tahun.


(4) al-Arqam bin Abi Arqam al-Makhzumi RA

Beliau merupakan seorang sahabat yang menjadi sebutan ramai kerana perbuatannya menjadikan rumahnya sendiri sebagai markas dakwah selama 3 tahun yang diketuai oleh Rasullulah S.A.W .Segala halangan dan cabaran dapat diatasi olehnya dan beliau sanggup mengambil segala risiko dan sanggup berkorban demi Islam.Ketika itu belia hanya berusia 16 tahun.

Seronokkan mengenali semua pahlawan atau tokoh-tokoh seperti di atas.Walaupun mereka di usia remaja,tetapi mereka semua begitu berani serta cekal dalam mempertahankan Islam.

Mereka kaya dengan pelbagai ilmu pengetahuan,kesungguhan,keimanan,akhlak dan amal.Seharusnya remaja2 seperti saya mencontohi mereka semua.Sepatutnya,kita berbangga kerana menjadikan tokoh-tokoh ini sebagai Qudwah,impian,ikutan...lebih-lebih lagi mereka merupakan sahabat Rasullullah S.A.W.SEKIAN






Rujukan dan disunting daripada topik perbincangan :
Ustaz Mohamad Ismail,
Sekretariat Pembangunan Belia ISMA Pusat.