Skip to main content

Kisah Benar Suka Duka Kehidupan


17 tahun sudah aku hidup bersama keluarga ini.Suka dan duka dilalui bersama, saling memerlukan..saling berkasih sayang..
saling hormat menghormati...saling bantu membantu antara satu sama lain.Tidak kuduga mungkin ini tertulis buatku sekeluarga,diusiaku yang hampir mencecah 17 tahun,aku melalui suatu laluan hidup yang amat sukar dan perit.Laluan yang membuat aku terasa mual dan jemu,laluan yang memberi aku seribu satu tekanan.Tak siapa pun yang bisa memahami aku.Penawar dan kekuatanku pada masa itu diperoleh berbekalkan doaku kepada Allah S.W.T yang Maha Agung lagi Maha Luas Kekuasaannya.Hanya Dia tempat aku mengadu,hanya Dia tempat aku menumpang kasih,hanya Dia tempatku meluahkan segala isi hati dan perasaan yang tak tertahan lagi....Tahun ini merupakan tahun yang penting buatku,kerana aku akan menghadapi peperiksaan awam yang penting.Tak
kuduga ini bakal terjadi di saat aku memerlukan sokongan keluargaku...oh malangnya diriku ini.


Semakin hari,bapaku semakin jauh dengan keluarga.Semakin hari,sikapnya kepada kami semakin dingin.Hinggalah kesuatu masa,dia tidak mempedulikan kami lagi...puas kami anak beranak menariknya daripada tenggelam jauh ke dalam lautan.Tapi malangnya usaha kami hanya sia-sia kerana dia memilih untuk tenggelam dan seolah-olah memilih kematian.Apa yang kami lakukan pada ketika itu,hanyalah berdoa dan terus berdoa.Kami hanya memerhatikan sahaja tingkah lakunya dari sehari ke sehari..lain benar fa'el nya..kami tidak tahu kepada siapa untuk mengadu selain sesama kami sendiri dan kepada Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui segalanya.




Aku rasa teramat sayu dan sedih ...setiap hari pulang dari sekolah.aku disambut ibu dengan wajah yang teramat letih,wajah yang teramat sayu..penuh dengan kesan linangan air mata.Aku hanya terkedu dan buat2 seperti tidak tahu,walhal aku sangat memahami ibu ..aku berpura2 tabah,berpura2 kuat,berpura2 cergas,cuba untuk menasihati ibu dan adik2ku yang lain supaya bersabar dan terus bersabar,hakikatnya....aku sendiri lemah,aku sendiri menghadapi masalah yang lain,aku dilanda stress yang serius.Masuk sahaja kedalam bilik,air mata ku dengan sendiri mengalir keluar..tak tertahan rasanya..Subhannallah beratnya ujian mu ini..Ya Allah,tak sanggup rasanya aku melihat kesedihan ibu dan adik2ku setiap hari..Ya,memang ini takdir buat kami..aku terima dengan reda Ya Allah..aku mohon ketabahan,kekuatan,kesabaran untuk aku menghadapi semua ini..setelah aku rasa tenang,barulah aku keluar dari bilik untuk mengambil wuduk untuk menunaikan solat zuhur..(inilah penawarku)

Saban hari kami berasa smkin pelik,dan persaan ingin tahu semakin membuak2 untuk mengetahui punca berlakunya masalah ini.Apa salah kami terhadap bapaku itu..Satu hari,mungkin petunjuk dari Allah S.W.T,ibuku telah menerima surat bayaran/phone bill dari seorang posmen.Alangkah terkejutnya ibu apabila bayaran bill untuk bulan ini begitu tinggi sekali,walhal kami tidak menggunakanya dengan banyak..(aku dan bapaku berkongsi line yg sama),ini mesti kerja bapaku.Ibu meneliti panggilan yang paling banyak dibuat...hmm tertera nombor telefon bimbit seseorang yang tidak kami ketahui siapa pemiliknya..(phonebill bapaku ),malah penghantaran sms juga bnyk kepda nombor ini,ianya bukan milik saudara-maraku mahupun sahabat handai,jiran tetangga jauh sekali.Perasaan kami semakin bertambah geram,dan perasaan ingin tahu sekali lagi melebihi segala-galanya.Ibu mengambil keptusan untuk menelefon nombor tersebut(siasat )..Mashaallah sekali lagi kami diuji...seorang perempuan yang mengangkat panggilan ibu..pelbagai tanggapan negatif terhadap bapaku bermain-main di kotak fikiranku..adakah dia c*** ng terhadap ibuku yang setia ini?aku sedaya upaya menepis segala tanggapan tersebut.Tapi bila melihatkan perangai bapaku yang semakin pelik,pulang lewat...mempunyai masalah kewangan yang serius...kelam kabut seperti cacing kepanasan...kerap keluar malam..(padahal bru plang dr tmpat kerja)..andaianku semakin kuat mengatakan pendiriannya..(naluri/hati ku ini) ..


Setiap hari aku pergi ke sekolah seperti aku tidak menghadapi sebarang masalah,sperti semuanya baik2 sahaja ..(aku sahaja yg tahu hakiktnya)..sesakali didalam kelas waktu belajar,terbayang2 wajah ibu dan adikku..ohh malangnya ku rasa..sebelum air mata ini keluar,cepat2 aku kembali fokus kpd pembelajaran dan berfikir untuk menyelesaikan soalan di papan hitam..sekolah ibarat tmpat ku melupakan segala masalah..tempat dimana aku paling fokus belajar.Oleh kerana pd thun ini aku akn menghadapi peperiksaan penting...pada awal thun lagi ibubapaku menghantar aku untuk menghadiri kelas tusyen,yg diadakan oleh guruku sendiri.Tapi semua itu hanya seketika,suatu hari aku memaklumkan kpd guru tersebut yg aku berhenti daripada menghadiri kelasnya.Seribu tanda tanya dan persoalan bercampur kebingungan terpancar di wajah guruku itu.Guruku itu bertanya kenapa?..persoalan itu aku jawab dengan linangan air mata yg dgn sendirinya keluar..



"Ya Allah apa yg aku lakukan nii,tak sepatutnya aku menangis begini...",kataku d dlm hati..
(sebenranya air mata ini kluar krn aku terlalu tertekan,memerlukan seseorang utk berkongsi masalah)..akhirnya dengan pnuh perasaan aku menceritakan apa yg aku pndam slama ini..tanpa kusedari,ktka aku bercerita....,air mata yg jernih kluar dari mata guruku itu...oooh Tuhan,bukan simpati yg ku minta..hnya teman berbicara..!!Guruku itu menberikan smngat dan mmjukku agar trus ke kelas tusyen yg diadakannya.Alhamdullilah,aku berasa tenang selepas itu,mlah lbih tenang dr kebiasaannya...dengan bntuan guruku itu,aku mmbuat permohonan biasiswa,semua nya itu sbg persediaan terhadap pelbagai kemungkinan yg bakal terjadi..aku bersyukur sngat kerana permohonanku itu diterima...terima kasih cikgu!!terima kasih ckgu!! aku bgtu terharu dgn pertolongan nya itu..


Semakin hari,perasaan benci menyalubungi hatiku ini terhadap sikap bapaku itu..dia tidak lagi bapa yg kuhormati sperti suatu ketika dhlu,dia tidak lagi seorang bapa yg penyayang,dia tidak lagi seorang suami yg bertnggunjawab....jiwa kami sperti diseksa..hncur hati kami..alhamdullilah,semakin hari,kami semakin tabah,kami reda,kami bertawakal dan berserah kpd Allah,doa tidak terlepas setiap kali selepas solat...kami kekeringan air mata..tiada lagi untuk dikeluarkan..


Peperiksaan demi peperiksaan aku lalui...menuju tarikh yg keramat buatku(hari peperiksaan),seperti dlm mimpi...aku melepasi peperiksaan tersebut dengan sangat cemerlang dan mmbanggakan..aku hnya berkongsi kegembiraanku itu kpd ibu...hanya dia yg menjadikan aku bersemangat utk trus berjihad mnuntut ilmu..tak dpt dibayangkan jikalau aku tanpanya..smua guru2ku smkin mmberikan aku harapan yg tggi untuk cemerlang..aku terlalu bersyukur ketika itu...hnya Allah yg tahu..

Hari peperiksaan percubaan smkin hampir,tggal beberapa bulan shja lagi...
aku smkin resah dgn apa yg berlaku skrang...smakin dingin bunyinya...aku hnya berserah,menunggu keputusan perbincangan dr datuk nenekku,dr sebelah ibu dan bapaku,serta mnuggu kputusan dr ibu bapaku sndiri...setiap minggu mereka ke pejabat agama utk sesi kaunseling katanya...aku trus menunggu dan tdak berapa kisahkan soal itu,sbb aku yakin,wlau apapun yg berlaku,itu ktentuanNya..apa yg aku perlu lakukan ialah berikan sepenuh tumpuan kpd pelajarn..percaya atau tidak?dlm situasi genting dan huru hara itupun aku bleh blajar sprti rakan2 lain yg tiada masalah d rumah..Alhamdullilah itulah kecekalan namanya..itulah mungkin kelebihan jikalau kte dekat dgn Tuhan..sglanya semakin mudah walaupun laluannya berliku2...

Hadiah besar buatku...suatu hari,tdak tahu mimpi apa bapaku itu,dia dtg kpada ank- anknya memohon maaf akn segala perbuatannya...waktu itu suasana pnuh syahdu,sayu,...pnuh dgn tangisan kesyukuran....akhirnya bapaku kmbali dkat dgn Tuhan,kmbli dekat dgn kluarga..dia mengaku akn sgala kesilapannya kpda kami...terutama skli kpd ibu yg begitu terseksa pnderitaannya...apa yg sebenarnya terjadi hanya kami yang tahu..


Tibalah hari yg kunanti2kan...alhamdullilah sgla persediaan tlah ku lakukan sejak awal,bkan bermua pd thun ini..tp tlah ku lakukan sjak aku di ting 4,mujur juga aku mmbuat persediaan awal..(sebelum peristiwa hitam ini terjadi)...Aku lalui peperiksaan ini dengan tenang dan pnuh harapan...hanya stu yg kuimpikan,iaitu mmberikan slip peperiksaan yg cemerlang buat ibu bapaku sbg hadiah buat mereka..Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan,sungguh cpat masa berlalu,sekli lg aku pnjatkan kesyukuran kpd Allah S.W.T,Dia yg bnyak mmbantuku slma ini,Dia yg mmberikan aku kekuatan..klau tdak,tdak tahu apa yg mgkin terjadi terhadap diriku ini....TAMAT =(

>>Kisah di atas merupakan luahan hati seorang teman yg ingin berkongsi suka duka yang dilaluinya di alam remaja... ambil iktibar dan pengajaran darinya..Sekian buat kali ini..

muslim_teen94

Comments

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…