Floria 2016

Week 14, banyak kuliah yang dah habis. Tunggu masa untuk balik rumah je untuk study week. Hari Isnin lepas, sempatlah kami bertiga ke Presint 4 untuk  tengok macam mana rupanya Floria ni kan. Dah 4 tahun aku kat sini, baru pertama kali jejak Floria. lol

Just nak share photos..






Ada satu taman tu menarik perhatian aku. "Taman Diraja Johor" guys. Haa bangga jap jadi anak Johor. Sempat la borak dengan brader-brader dari Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. 25 hari ok nak buat semua ni.




One Health Workshop!

Bismillah.  Assalamualaikum wbr. Baru-baru ni aku dan beberapa orang kawan yang lain terpilih untuk mewakili UPM ke Workshop for Training of Communication and Leadership for One Health Community Education. Pelajar-pelajar yang terpilih ni daripada pelbagai latar belakang bidang pendidikan. Antaranya kami dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan ada yang mewakili untuk jurusan Perubatan, Kejururawatan, Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dan ada juga dari jurusan Bioperubatan. Team kedua dari UPM pula ialah pelajar daripada Fakulti Perubatan Veterinar. Kesemuanya dalam 20 orang saja. Kami berkampung selama 2 hari 1 malam di Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan.

So, apa sebenarnya workshop ni kan?

One Health program ni diperkenalkan di Malaysia oleh salah seorang profesor daripada Fakulti Perubatan Veterinar UPM. Kiranya, program One Health ni nak menggabungkan kepakaran 3 bidang utama untuk mempertingkatkan taraf kesihatan masyarakat. 3 bidang utama tu termasuklah bidang perubatan manusia, veterinar dan jugak kesihatan persekitaran.

Dengan adanya program ni, dah tak ada isu yang "kau buat kerja kau, aku buat kerja aku". Benda ni penting, bayangkan kalau Malaysia dilanda sesuatu wabak penyakit, kalau doktor buat kerja doktor, vet buat kerja vet, environmentalist buat hal sendiri, tak ada satu tindakan berkesan untuk menyelamatkan keadaan dan mengurangkan kadar kematian.

Kalau nak tahu lebih tentang #MyOHUN ni boleh klik dan baca kat sini, http://www.myohun.com/.


Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Ni pulak aku nak share penginapan kami selama 2 hari 1 malam tu. Rasa macam tak nak balik ok. Nak stay situ lama sikit. haha





Bila dah seharian dari pagi kau ber workshop, petang tu kami pun turun la jenjalan sekitar hotel tempat penginapan. Tengok sekeliling sambil cuci mata.




During the workshop ...


Ok nak citer sikit pasal pengisian workshop sepanjang 2 hari 1 malam ni. Selain UPM, ada ramai lagi representatives daripada universiti lain yang juga dari latar belakang pendidikan yang sama dengan kami. Ada student medic, vet, biomedical, environmental health. Antaranya, wakil daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Penang Medical College (PMC), dan CUCMS.

InshaAllah kami semua adalah agent MyOHUN dan juga pemimpin pelapis yang akan menggerakkan program ni pada masa akan datang. Kira bergabung kepakaran memasing la. Pelajar dilatih tentang kepimpinan. Dalam masa yang sama, kitorang ulangkaji balik ilmu tentang penyakit berjangkit, cara kawalan, faktor penyakit tu, cara mencegah dan lain-lain lagi. Lepas tu ada latihan table top. Dalam table top, kami diberikan satu case study, diberikan peranan tertentu, dan lakonkan watak. Sumpah best! Dapat lebih faham peranan dan fungsi maisng-masing sekiranya berlaku sesuatu wabak penyakit.

Dalam bengkel ni jugak kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ada dua belas kumpulan kalau tak silap. Setiap ahli kumpulan daripada universiti yang berbeza, dan juga bidang yang berbeza. Perbincangan tersangatlah aktif, dan masing-masing akan menyumbang kepakaran masing-masing mengikut kemampuan kami dengan bantuan pensyarah-pensyarah yang juga daripada pelbagai latar belakang bidang kepakaran, Ohsemm





Team #MyOHUN






InshaAllah, bulan September nanti kami akan ke Pasir Mas, Kelantan untuk bersama-sama dengan keluarga bekas mangsa banjir untuk beri penerangan kesihatan. Kami siap sedia untuk 'gempur' masyarakat, berbekalkan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang kami ada untuk bantu masyarakat supaya lebih aware dan faham tentang bahaya penyakit berjangkit.

Terima kasih kepada semua pensyarah, profesor, doktor sebab melatih kami dengan sebaiknya, walaupun dalam tempoh masa yang singkat.